OLEH: MEDIA DAP
Kenyataan Media Ahli
Parlimen Sandakan merangkap Timbalan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt
di Parlimen pada 26 Mei 2015 (Sebahagian dari Ucapan Perbahasan ke atas Usul
Rancangan Malaysia Kesebelas Part 1):
DAP SERU KERAJAAN BERI LEBIH PERUNTUKAN
PEMBANGUNAN RMK-11 KEPADA SABAH, ATASI KELEMBAPAN EKONOMI DAN KEMISKINAN
Rancangan Malaysia ke-11 yang
dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat tidak realistiks kepada
situasi sebenar di Sabah dan sekadar susunan perkataan-perkataan indah yang
menggambarkan masa depan Malaysia yang baik.
Merujuk kepada prestasi ekonomi
Sabah ia jelas tidak selaras dan tidak seragam dengan keadaan seluruh negara.
Dalam hal ini, perkara yang boleh menyokong kenyataan saya mengatakan RMK11
tidak realistic bagi Sabah adalah kadar pertumbuhan ekonomi Sabah sendiri.
Jika kita kepada pencapaian RMK-10,
pertumbuhan purata KDNK benar Malaysia ialah 5.3 peratus manakala pertumbuhan
di Sabah hanya 3.0 peratus; Pendapatan per kapita Nasional pada tahun 2013
adalah RM32,900 ringgit manakala pendapatan per kapita di Sabah hanya RM18,603,
ia adalah sangat tidak memuaskan.
Sabah masih merupakan negeri yang
miskin dan mengalami pertumbuhan ekonomi bagi GDP terendah iaitu 3 peratus
setahun setaraf dengan Perlis. Purata pertumbuhan ekonomi negara pula setinggi
5 hingga 6 peratus setiap tahun.
RMK-11 kali ini telah menetapkan
sasaran bahawa Pendapatan bulanan purata isi rumah akan meningkat ke RM10,540
pada tahun 2020. Pada hemat saya, ia tidak relevan kerana wujud perbezaan
gandaan hampir satu kali ganda. Ia
hampir mustahil tercapai.
Jika kita mengambil serius terhadap
stastistik tersebut, pendapatan purata isi rumah B40 (di bawah 40 peratus)
adalah RM2,537 pada tahun 2015 manakala penengah pendapatan adalah RM4,585
ertinya 40 peratus golongan miskin itu hanya mendapat RM2,537, jauh lebih
rendah dari penengah pendapatan. Ia menunjukkan ketidakseimbangan dan
ketidaksamarataan antara golongan miskin dan kaya adalah serius. Laporan Bank
Dunia telah melaporkan bahawa Malaysia adalah Negara yang mempunyai masalah
ketidakseimbangan pendapatan yang sangat serius dan ketara di Asia.
Di Sabah walau pun purata pendapatan
isi rumah ialah RM4,013, tetapi median ataupun penengah pendapatan isi rumah di
Sabah ialah RM2,860. Ini bermaksud sebahagian dari warga Sabah ber pendapatan di
bawah RM2,860 manakala pendapatan golongan B40 seluruh negara adalah RM2,537. Ketidak
seimbangan ini bukanlah petunjuk ekonomi yang sihat. Ini kerana pendapatan golongan
kaya berpendapatan tinggi turut diambil kira dan dipuratakan bersama dengan
golongan miskin di Sabah. Pada pengetahuan saya, pendapatan warga Sabah di
kebanyakan kawasan pendalaman adalah jauh lebih rendah dari RM1000 dan di bawah garis
kemiskinan.
Keduanya , RMK-11 amat tdak
realistik dan boleh dipersoalkan jika kita melihat realiti sebenar pembangunan infrastruktur
dan keperluan asas di Sabah terutamanya di kawasan pedalaman. Masih ramai
masyarakat di pedalaman hidup dalam keadaan dhaif dan serba kekurangan.
Sebagai contoh, ada penduduk kampung
di kawasan Pitas dilaporkan terpaksa menggunakan kerbau untuk mengusung pesakit
menggunakan papan berbentuk pengusung kerana tidak mempunyai akses kepada jalan.
Di Matunggung pula, ada penduduk terpaksa menggunakan air keruh dari sungai
kerana tidak mampu membayar kos penyambungan bekalan air. Begitu juga di beberapa
kampung seperti di kawasan Kota Marudu
dan Tenom yang tidak mempunyai sumber bekalan yang asas seperti bekalan air
yang terawat, bekalan elektrik, tiada jalanraya dan tiada perkhidmatan
kesihatan asas.
Sasaran kerajaan bagi RMK-10 untuk
membina infrastruktur asas luar bandar bagi Sabah seperti liputan bekalan air
akan dipertingkatkan sehingga 98 peratus manakala liputan bekalan elektrik akan
dipertingkatkan sehingga 99 peratus. Tetapi setakat tahun 2014, ia hanya
mencapai 94.1 peratus liputan bekalan elektrik dan 80.6 peratus liputan bekalan
air di Sabah.
Walaupun Ketua Menteri Sabah mengatakan
Sabah mendapat peruntukan sebanyak RM24.8 billion dari RM230 billion
keseluruhan dalam RMK-10, ia hanya sekitar kurang 10.7 peratus sahaja. Saya
berpendapat peruntukan kepada Sabah harus dinaikkan supaya pembangunan di Sabah
selaras dengan Semenanjung Malaysia.
Salah satu contoh kegagalan
mempercepatkan pembangunan di Sabah ialah sistem jaringan jalanraya. Projek MRT Fasa 1 dari Sungai Buluh ke Kajang melibatkan
kos RM23 billion, manakala pembinaan Pan Borneo Highway dijangka menelan kos RM27
bilion. Jumlah kos tidak jauh berbeza namun sehingga sekarang projek lebuhraya
Pan-Borneo masih belum siap walhal projek pembinaan MRT RM23 bilion boleh
disiapkan dalam 10 tahun sahaja. Menurut perkiraan kami dalam belanjawan yang
lalu, kerajaan hanya menyediakan RM500 juta untuk projek ini setiap tahun
danjauh berbeza dengan tempoh masa projek MRT.
Saya ingin mengajukan pertanyaan, berapakah
peruntukan yang akan diperolehi Sabah dari RM260 bilion pembelanjaan
pembangunan yang disediakan? Adakah dengan kekal pada 10 peratus yang mencukupi?
Saya berpendapat bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus pembelanjaan pembangunan
harus disediakan untuk membangunkan Sabah sedangkan Sabah merupakan rakan
kongsi dalam persekutuan Malaysia supaya pembangunan Sabah boleh dipercepatkan
selaras dengan Semenanjung Malaysia dan mencapai wawasan 2020 sebagai negeri
yang maju.
TRANSLATION IN CHINESE VERSION
民主行动党沙巴州署理主席兼山打根国会议员黄天发于国会下议院参与辩论《第十一大马计划》5月26日新闻稿:
沙巴仍落后破灭先进国宏愿
黄天发促增拨款加速发展沙巴
我认为,首相拿督斯里纳吉所提呈的《第十一大马计划》是一份不切实际的计划,因为它根本与沙巴现实的情况不符,所有美丽的词藻和语句,无法遮掩沙巴的落后和贫穷,反之只是在一步步证实,2020年的先进国宏愿终将破灭,因为若沙巴贫穷,则马来西亚不可能先进。
依据现在的沙巴经济状况,它显然与全国的表现和情况脱钩,即使马来西亚全国的表现做得再好,它也与沙巴毫无干系,对沙巴而言,这是一份是不切实际的报告。
假如我们看回第十大马计划的检讨报告,马来西亚的国内生产总值(GDP)成长平均每年5.3巴仙,而沙巴只是它的大概一半,即每年成长3巴仙;而国内人均收入在2013年是三万二千九百令吉,而沙巴只是它的一半,即一万八千六百零三令吉,这显示尽管全国表现达标,但是沙巴只是它的一半,若这样下去,我们根本不可能达标。
沙巴目前仍然是全国最贫穷的州属之一,三巴仙的经济成长率是全国最低的州属,与玻璃士州一样,表现十分差强人意。假如这样下去,全国的预测要以5到6巴仙的成长走下去才能达到先进国的目标,那么沙巴根本不可能实现,并且即将成为所谓先进国里的贫民窟,这是莫大的讽刺和侮辱!
此外,这份计划也设定了目标,要让家庭平均月入从现在的6103令吉增加到2020年的10540令吉。对我而言,这已经是很难不切实际的目标,要在五年内将家庭收入翻几乎一倍,这是自欺欺人的行为,加上消费税已经造成市场萧条惨淡,这个目标更是天方夜谭,纯粹是一份不现实的计划。
2015年,在国家底下40巴仙的人口平均所得是2537令吉,而中等收入则是4585令吉,这也意味着底下几乎一半的人口赚取比中等收入还要少一半的收入,这显示了贫富悬殊、财富不平等的问题越趋严重,富者越富贫者越贫,对国家一点帮助都没有。世界银行也早已警告,马来西亚的贫富悬殊和不平等的情况是区域里相当严重的国家,即使政府讲贫富悬殊有被缩小,但是成效却不大,反而越来越严重。
对沙巴而言,这个问题恐怕更加严峻。因为相比全国的家庭收入6013令吉,沙巴的家庭平均所得是4013令吉,但是沙巴的中等收入只是有2860令吉,这也意味着沙巴有超过一半的人赚少过2860令吉,相等于全国底下40巴仙所赚取的平均2537令吉,这显示了沙巴大多数的人,是比全国的人赚更少的钱,这让我感到很担忧,许多在沙巴内陆居住的穷人,甚至是连每个月赚1000令吉都难,甚至比1000令吉和最低薪金更低,这是我们必须急迫要解决的问题。
我身为沙巴之梦的协调员,多次走入沙巴的内陆乡区亲眼目睹住在里面的人如此穷苦和可怜,不要讲先进国,他们的处境根本与落后国家的乡民无疑,政府不该自欺欺人和粉饰太平,必须要在《第十一大马计划》里提出帮助沙巴穷人的措施,给予这些内陆村民更好的设施,让他们能够改善生活。
我拿几个最近热门的议题作为内陆乡区穷苦的例子。在毕达斯的村民被报导出用水牛拖着木板载送病人到镇里的医院就医,因为该村子没有良好的马路设施,唯有用水牛来代替汽车。此外在马东贡地区,有村民因为还不起接驳水源的费用,只好到几近干枯的河流取水,从报导照片所看,泥泞的河水污浊不堪,显示沙巴内陆的贫穷惨况。
不仅如此,我也多次走进内陆地区如哥打马鲁都和丹南,这些地方有许多村子从来没有干净的水源和电源供应,没有马路和基本的医疗设施,这恍如是这个所谓即将成为先进国的国家另外一个国度,如此的贫穷和不堪。
在《第十大马计划》里,政府说要提升沙巴乡区的电力供应覆盖率增加到99巴仙,而水源供应覆盖率达98巴仙,但是很明显的是,这些计划都没有获得实现,许多人仍然没有水电供应,仿佛活在非常落后的世纪。
即使沙巴首席部长慕沙说,在《第十大马计划》里成功争取到248亿的发展开销,但是其只占总发展开销2300亿的10.7巴仙,对沙巴的帮助十分不足。我认为,起码在这次的计划当中,必须增加足够更大的拨款,加快和加速沙巴的发展,确保沙巴能够赶上如西马的发展,才能够谈先进国的可能。
然而,事实却是,政府不但没有打算要加快发展沙巴,却继续边缘和忽略沙巴的利益。其中一项例子就是,相比巴生谷第一期从双溪毛禄到加影的捷运工程建筑成本是230亿,与建造泛婆罗洲大道的成本270亿相差不多,但是政府投入的资源和配合却相差很远。别忘了泛婆罗洲大道是沙巴砂拉越最基本最需要的工程,但是政府原先投入每年5亿来建造,要用上40年才能完成,相比吉隆坡的捷运工程,从规划到建成,只预计大概十年就能完成,这就显示了两者的差别和待遇的不公。
如果政府真的想要达到先进国的目标,那就不能忽略沙巴,如果沙巴仍旧贫穷,那么马来西亚不可能先进!因此,要让目标能够达成,就要加速发展沙巴,如泛婆罗洲大道那样,增加资源和速度来建成这条大道,如果一个先进国的州连一条像样的大道都没有,这是莫大的讽刺!
我想要问,到底在《第十一大马计划》所准备和预算的2600亿发展开销当中,有多少是会拿来发展沙巴?还是保持微不足道的10巴仙?我认为,政府至少应该拿出30巴仙的发展开销来加速发展沙巴,好让沙巴的发展能够与全国的水平接轨,同时这也显示沙巴是作为平等伙伴的关系,让沙巴能够获得公平和平等的发展,让沙巴的人民能够脱离贫穷,这才可能达成先进国的目标。
No comments:
Post a Comment