SAMSUDIN TINJAU SUNGAI SEGALIUD TERCEMAR OLEH BUANGAN KUMBAHAN OLEH PEMILIK KILANG SAWIT

OLEH: SHAIMON S JUMADI

TURUN PADANG.....Samsudin turun padang tinjau ke Sangkar Ternakan Ikan  milik orang kg Segaliud banyak yang mati akibat perbuatan pemilik Kilang Sawir berhampiran membuang toksik ke dalam sungai


SEKONG:-  Ekoran aduan penduduk mengenai pencemaran air sungai Segaliud oleh perbuatan para pemilik Kilang Sawit berhampiran dan menyebabkan ternakan ikan sangkar mati akibat keracunan oleh sisa-sisa buangan air kumbahan yang bertoksik tinggi telah mendapat perhatian oleh Wakil Rakyat Kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya

Beliau setelah  membanca laporan media yang tersiar diportal online Free Sandakan Today.com bertajuk “Pemilik Kilang Sawit Cemarkan Sungai Segaliud Banyak Ikan-Ikan Mati Keracunan” bertarikh hari ini 22hb Mei 2015 terus  bergegas pergi kelokasi untuk meninjau sendiri situasi sungai yang tercemar dan mendapati  ternakan ikan sangkar milik orang Kampung  Segaliud semuanya mati.


Dalam pada itu Samsudin minta pihak Jabatan Alam Sekitar agar mengambil tindakan tegas kepada para pemilik  kilang sawit yang berhampiran yang turut terbabit membuang air kumbahan terus mengalir ke dalam sungai berkenaan hingga menjejaskan mata pencarian kehidupan penduduk Kampung berkenaan.

“Perkara ini memang tidak boleh dibiarkan para pemilik kilang sawit terbabit kerana tiada rasa tangtgunjawab membuang air kumbahan beracun kedalam sungai dengan  sewenang-wenangnya  harus dikenakan kompaun dengan ini Saya minta Jabatan Alam Sekitar harus bertindak segera terhadap pemilik kilang tersebut.” Kata Samsudin yang turut simpati keatas nasib penduduk Kampung Segaliud yang telah hilang mata pencarian seharian akibat perbuatan  pemilik Kilang Sawit yang tidak bertanggungjawab itu.

Penduduk Kampung Segaliud khususnya para pemilik Sangkar Ikan yang menjadi mangsa keadaan  mengucapkan terima kasih atas keprihatinan ADUN Sekong  yang  sudi turun padang  melawat sendiri akan keadaan sungai tersebut.




No comments:

Post a Comment