OLEH:
AZMI AZMAN
GAMBAR KELIHATAN……Zakaria membaca salinan RMK
11 di pejabat beliau kelmarin
GUM-GUM:- Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris menyambut baik Rancangan
Malaysia Ke 11 (RMK11) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima
Najib Tun Razak Khamis lepas.
“Sepertimana yang telah dikatakan oleh Ketua
Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman bahawa RMK11 RMK11 merupakan satu
rancangan pembangunan lima tahun yang sangat penting, dalam mencapai status
negara maju pada 2020,” kata Zakaria ketika diminta mengulas berhubung
pembentangan RMK11 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Najib Tun Razak.
Rancangan ini menggariskan apa yang perlu
dilakukan dalam tempoh lima tahun akan datang untuk mencapai objektif
berkenaan, tambah Zakaria
Aspek yang berkaitan dengan pembangunan
infrastruktur asas serta kebajikan rakyat seperti perumahan untuk rakyat,
kemudahan penjagaan kesihatan, sekolah dan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan
membawa kesan positif secara langsung terhadap pembangunan Negeri Sabah, kata
Zakaria.
RMK 11memang terbaik kerana ia jelas
dilakukan demi kebaikan rakyat dan negara secara keseluruhannya dengan
menumpulkan seluruh sektor kehidupan manusia, rancangan pembangunan terutama
sekali di kawasan bandar, kata Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan
Tempatan dan Perumahan Negeri.
“Jika dilihat, Sabah diberikan jumlah
peruntukan yang besar di bawah RMK11 untuk pembangunan dalam pelbagai sektor
dan banyak memfokuskan kepada transformasi kawasan luar bandar,katanya.
“Saya selaku wakil rakyat untuk kawasan Gum
Gum yang terletak di pinggir bandar meminta agar Gum Gum akan juga tersenarai
untuk mendapat peruntukan membina serta membaiki rumah memandang ramai rakyat
di kawasan ini masih memerlukan rumah dan juga membaiki rumah mereka,” kata
Zakaria.
Zakaria merakamkan penghargaan terima kasih
kepada Perdana Menteri yang terus memberi perhatian kepada suara rakyat serta
kepentingan Negeri Sabah.
No comments:
Post a Comment