OLEH: SHAIMON S JUMADI
SIMPATI...Wong simpati atas dua mangsa culikan semoga mereka semuanya dalam keadaan selamat
SANDAKAN: Satu lagi kes penculikan berlaku dan membabitkan dua warga tempatan, seorang lelaki
dan seorang wanita, diculik sekumpulan lelaki bersenjata di Restoran Ocean
King, dekat sini, jam 7.50 malam ini.
Thien
Nyuk Fun, wanita berusia 48 tahun dan pelancong dari Sarawak berumur 50 tahun
dilarikan sekumpulan empat lelaki dipercayai bersenjatakan pistol dan M16
dengan dua lagi suspek menunggu di bot.
Ketika
kejadian, wanita yang juga adik ipar kepada pemilik restoran berkenaan berada di
kaunter, manakala lelaki terbabit berada di meja makan bersama isteri dan
seorang rakan.
WAJAH ..mangsa culik Nyuk Fun Thien
Difahamkan, kumpulan bersenjata terbabit muncul secara tiba-tiba dari arah laut dan hanya mengambil masa kira-kira seminit untuk melarikan kedua-dua mangsa dengan sebuah bot laju.
Mereka
kemudian dilihat melarikan diri ke arah perairan antarabangsa, dipercayai
menghala ke negara jiran.
Pengurus
restoran, Chung Yun Thiam, 60, berkata ketika kejadian ada kira-kira 80
pelanggan sedang menikmati makan malam sebelum tiba-tiba muncul empat lelaki
bersenjata terbabit.
Katanya,
semua lelaki terbabit memakai pakaian celoreng tetapi tidak bertopeng dengan
seorang daripadanya membawa senapang jenis M16 dan peluru disangkut pada
badannya.
“Menyedari
kehadiran empat lelaki bersenjata itu, semua pelanggan lari untuk menyelamatkan
diri, namun mangsa wanita dan lelaki berkenaan tidak sempat lari,” katanya
ketika ditemui di lokasi kejadian.
Pesuruhjaya
Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, menerusi aplikasi WhatsApp berkata,
pihaknya masih mendapatkan fakta berhubung kes berkenaan.
Dalam
tinjauan wartawan The Borneo Sabah Insider di
tempat kejadian mendapati pasukan keselamatan mengawal ketat kawasan terbabit.
Dalam
pada itu Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong juga turut berada di tempat
kejadian dan beliau amat simpati keatas nasib dua orang yang menjadi mangsa
culikan itu.
No comments:
Post a Comment