LARANGAN HIMPUNAN MAYDAY DAN BANTAH GST MENYEKAT KEBEBASAN RAKYAT BERSUARA..DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI


 
SANDAKAN:- Tindakan pihak Polis memohon perintah Mahkamah untuk melarang “Himpunan MAY DAY” disifatkan perbuatan bukan saja tidak diperlukan namun tidak masuk akal dan amat sensitif.

Ahli Parlimen Sandakan  merangkap Timbalan Pengerusi DAP  Sabah  Stephen Wong (gambar) berkata, pihak polis melarang rakyat berhimpun di 5 lokasi termasuk Padang Merdeka, Taman Chong Thien Vun, City Park dan lain-lain, adalah melanggar hak asasi manusia, mengeksploitasi hak dan kebebasan rakyat untuk berhimpun yang dikurniakan perlembagaan.

“Melarang orang awam menyertai perhimpunan, bukan sahaja menyekat demokrasi dan kebebasan negara kita, malah menggunakan keganasan dan undang-undang untuk mengugut dan menghalang rakyat melaksanakan hak bebas bersuara. Dalam negara yang demokratik, rakyat berhak untuk berhimpun di mana-mana lokasi dan menyampaikan pandangan, ini tidak patut ditindas dan diambil tindakan.”


“Pihak polis mengganggu dan menindas rakyat yang ingin menyertai perhimpunan, tidak menghiraukan hak kebebasan berhimpun yang dikurniakan perlembagaan, ini menunjukkan pihak polis menggunakan cara yang teruk untuk menindas suara yang berbeza, menjadikan Malaysia sebagai Negara Polis.”
Stephen Wong berkata demikian dengan pihak media cetak di Kota Kinabalu.

Kata beliau, pihak penganjur perhimpunan hanya memohon untuk membenarkan orang ramai mengadakan perhimpunan aman selama 2 jam di lokasi berkenaan, mereka tidak akan melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang atau ganas, tetapi pihak polis bukan sahaja menghalang perhimpunan diadakan, malah membatalkan kesemua aktiviti yang diadakan dari 27 April sehingga 4 Mei di lokasi berkenaan.


“Tindakan ini tidak diperlukan, adakah pihak polis perlu memohon perintah mahkamah untuk mengatasi rakyat jelata yang tidak bersenjata? Lagipun orang ramai hanya ingin menyampaikan pandangan dan cadangan, bukan berbuat kacau, mengapakah pihak polis menganggap mereka seperti penjenayah? Jika pihak polis lapang sangat untuk menghalang perhimpunan aman orang ramai, lebih baik membasmi kes jenayah dengan bertungkus-lumus.”


“Ini adalah tidak masuk akal, negara kita kini seolah-olah negara komunis, segala kebebasan dan hak telah dieksploitasi! Polis sebagai penjawat awam, seharusnya menjaga hak dan kepentingan rakyat, bukanlah menindas rakyat!”Ujar Wong panjang lebar.


Wong juga menegur perbuatan pihak polis menyenaraikan dan menghalang 16 ahli politik termasuk pihak penganjur, MP Kota Kinabalu Jimmy Wong dan ADUN Kepayan Edwin Bosi menghadiri perhimpunan tersebut. Beliau menyifatkan tindakan polis menghalang wakil rakyat, adalah sama seperti menghina semangat demokrasi negara kita.


Kata beliau, peristiwa ini sekali lagi membuktikan mengapakah Pakatan Rakyat membantah Akta Perhimpunan Awam, Akta Hasutan dan Akta Anti Keganasan, kerana kesemua akta ini bukan melindungi rakyat, tetapi memberikan kuasa yang terlampau kepada menteri dan pihak polis untuk melakukan penangkapan, termasuk disalahgunakan untuk menindas parti pembangkang, akta berkenaan bukan digunakan untuk mencegah jenayah  tetapi untuk mengeksploitasi hak asasi dan kebebasan rakyat.


Beliau berkata, lebih baik pihak polis memain peranan untuk membantu rakyat menjalankan perhimpunan dengan lancar seperti polis luar negara, secara professional dan mematuhi undang-undang, baik daripada melarang rakyat menyertai perhimpunan.


No comments:

Post a Comment