KUALA PENYU DAIF DAN KETINGGALAN DALAM ARUS PERDANA PEMBANGUNAN ASAS

OLEH: ISMAILY BUNGSU
" Hari ini  saya merencanakan ruang waktu berada di kawasan" Katanya Limus dan apakah itu dapat mengubat hati kalangan sebahagian penduduk di Kuala Penyu yang selalu paipnya tidak berair?
Kuala Penyu masuk ke kampung-kampung  sama saja seperti ulu tomani, Sook, Paitan dan daerah-daerah  yang mundur meski jaraknya dari Beaufort dan labuan tidaklah begitu jauh.
Kilang tebu/gula terbesar yang dulu dicadang luluskan tiba-tiba tidak menjadi dan pelabur gagal melaksanakan apa yang dijanjikan dan tanah yang seluas itu entah apa sudahnya.
Rasanya penduduk di Kuala Penyu perlukan keperluan asas terutama air yang ada hanya paipnya dan airnya hanya angin dan ada yang masih menggunakan telaga.
Sepatut Kuala penyu yang lokasinya di tengah-tengah Beaufort/Menumbok harusnya lebih baik dari daerah-daerah  lain kesan berdekatan dengan Labuan, tetapi disebaliknya tidak seperti yang diharapkan.
Wakil-wakil rakyatnyanya saling  bersilih ganti dan sambil menabur  janji-janji BN terus dilontar setiap pilihanraya  tetapi sesudah  dan selesai  pilihanraya , semuanya  janji hanya tinggal janji dan rakyat tetap dalam keadaan susah terutama lokasi-lokasi  yang didiami oleh suku kamu kadazan.
Dalam pada itu rakyat  dari keturunan suku Kadazan,Dusun dan Murut  khususnya tinggal di kawasan pedalaman harus pandai menilai  jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis para pemimpin BN  jangan kerana  bagi tangki biru wang RM100.00 zink lima keeping dan beras nasional 10kg kamu berubah fikiran terus memberi undi kepada calon-calon BN yang terdiri daripada PBS,UMNO, UPKO, dan PBRS.
Kita kesal kemana arah dan peranan para  pemimpin yang terdiri daripada suku Sungai, Kadazan, Dusun dan Murut  tidak dapat membela suku bangsanya sendiri dalam mempertahankan hak asasi contohnya penceborohan tanah-tanah ada (NCR) begitu mudah diambil oleh orang-orang luas khusushnya dari Semenanjung mereka banyak  membuka ladang-ladang sawit sebagai contoh terdekat di Jalan Sukau ladang kepunyaan Datuk im Goh Thong iaitu Genting Estate. 
Pada PRU 14 ini suku-suku seperti yang saya sebutkan diatas tadi harus sedar kita tolak BN/UMNO dan kita berikan laluan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah

No comments:

Post a Comment