ADUN SEKONG MINTA JPJ DAN TRAFIK POLIS AMBIL TINDAKAN KEPADA LORI-LORI TERSEBUT

OLEH: AZMI AZMAN
FOTO SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:- - Sebilangan besar lori-lori tangki  minyak lori angkat buah sawit dan lori baja  yang berhenti ditepi Jalan Batu Sapi telah menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna jalan kerana telah menghalang dan menggangu lalu lintas terutama sekali kepada pemilik kenderaan kecil.

Deretan lori-lori itu   berhenti disiring jalan  amat dikesali kerana para pemandu lori tersebut langsung tidak menitikberatkan dan menghiraukan  soal keselamatan orang lain dan sewenang-wenangnya meletakan lori-lori mereka disitu.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya  meminta pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak Polis Cawangan Trafik  harus komited dalam memantau dan terusnya mengeluarkan saman kepada para pemandu terbabit seperti lori tangki minyak lori angkat buah sawit yang telah menyalahi undang-undang jalan.

Beliau menegaskan, sikap pemandu yang suka memberhentikan seperti lori tangki di tepi jalan raya  bakal mengundang bahaya kepada kenderaan kecil yang lain.

TINDAKAN PEMANDU LORI... Meletakan lori-lori mereka di tepi Jalan Batu Sapi bakal mengundang kecelakaan   JPJ/Polis Trafik harus keluarkan saman kepada pemandu terbabit



“Saya sekali lagi  minta penguatkuasa seperti JPJ dan Polis Trafik untuk lebih komited dalam memastikan langkah-langkah kesihatan, keselamatan dan persekitaran sentiasa dititikberatkan pemandu lori tangki minyak ketika memandu dijalan raya. “Ini termasuk kenderaan-kenderaan berat seperti lori tangki, lori”ujarnya.

Kata Samsuidn lagi,  begitu juga selain lori angkat buah  sawit lantas  lori baja dan lori komersial yang sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan berat di tepi jalan, di bahu jalan ataupun di simpang jalan.
“Sewajarnya pemandu lori tangki minyak diberikan latihan yang ketat dan kerap dalam memastikan mereka melindungi diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.


Jelas Samsudin lagi  tindakan tidak bertanggungjawab pemandu lori yang meletak kenderaan berat pada bahu atau tepi jalan sesuka hati demi mengelak diperiksa oleh JPJ merupakan perbuatan tidak bermoral dan secara langsung melanggar undang-undang negara serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain

No comments:

Post a Comment