OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- “Engage
Housewives In Neigh Sbourhood Safety” adalah salah satu inisiatif di bawah “Nation Blue Ocean Strategy (NBOS) matlamat utama
inisiatif adalah untuk menjadi golongan
suri rumah tangga sebagai rakan Polis dalam usaha bagi mengurangkan kadar
jenayah.
Dalam pada itu seorang Pegawai Kanan Polis
wanita dilantik sebagai “Peace Lady” (AMANITA) di setiap daerah di seluruh
Malaysia bagi menggerakan dan menyelaraskan penglibatan aktiviti wanita
khususnya suri rumah tangga di dalam program Neighbourhood Safety ini.
Pegawai AMANITA di setiap daerah akan membuat perjumpaan
dengan para kaum wanita khususnya suri
rumah tangga untuk memberi penerangan
ringkas tentang keselamatan diri dan cara
untuk berhadapan dengan situasi
kecemasan.
Dari itu para suri rumah
juga akan dilatih tentang peranan mereka
sebagai “MATA DAN TELINGA” pihak Polis
untuk mencegah jenayah di kawasan kediaman mereka.
Demikian penjelasan Oleh ASP
Cheah Sek Le kepada Wartawan Kanan The Borneo Sabah Insder.Net semasa
dikunjungi di tempat pameran sempena pelancaran
Nation Blue Ocean Strategy (NBOS)
di Kawasan Perumahan LPPB Sri Taman Sabtu lepas.
Katanya para Pegawai Amanita berperanan sebagai perantara untuk mendapatkan sebarang maklumat khususnya yang berunsur jenayah
daripada golongsn suri rumah tangga.
“Segala maklumlat yang
diterima kemudian akan disalurkan kepada pihak Jabatan dan Unit yang berkenaan
dan selanjutnya akan diambil tindakan keatas aduan yang diterima.”Ujarnya.
Sehubungan itu Peace Lady
(Amanita) akan melengkapkan golongan
suri rumah tangga dengan panduan-panduan keselamatan diri (Personal Safety)
meneerusi aktiviti-aktiviti yang kreatif
dan seterusnya menggalakkan suri
rumah untuk memberi maklumat berkaitan jenayah di kawasan kediaman mereka.
Ini adalah untuk menjadikan
kawasan perumahan mereka sebagai tempat yang selamat (Safe Neighbourhood) tindaka n ini adalah selaras dengan tujuan
dalam objektif NKRA iaitu untuk mengurangkan kadar jenayah.
Sempena pelancaran NBOS yang
dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri yang
juga Wakil Rakyat Gum-Gum Datuk Hj Zakaria Hj Edris beberapa agensi kerajaan yang turut mengambil bahagian dalam pameran selain PDRM Jabatan Imigresen, Jabatan
Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
No comments:
Post a Comment