KARYA ISMALIY BuNGSU
DATUK SERI PANGLIMA HJ
LAJIM HJ OKIN) DSPL BERKORBAN KERUSI MENTERI
( itu tak orang katakan banding tinggalkan PBS)
( itu tak orang katakan banding tinggalkan PBS)
DALAM dunia biasanya yang tinggalkan emas intan permata
jawatan menteri adalah orang bodoh jika itu orang gila pangkat dan harta
duniawi tanpa lihat kepentingan rakyat jelata.
Bila DSPL tinggalkan UMNO tidak pula orang katakan itu
satu pengorbanan, sebalik dulu tinggalkan PBS diungkit dikatakan khianat parti.
Apakah benar tindakan itu khianat jika parti NYAWA2 IKAN yang ternyata tidak
dapat perjuangkan rakyat?
Buat apa berjuang dalam parti yang nyawa2 ikan dan tak
dapat membantu Sabah/Sabahan ketika itu terBUKTI PBS sendiri sertai BN termasuk
parti PBRS dan UPKO yang dikatakan perjuangkan KDM dan apa jadi KDM sekarang
ini?
Tidak hairan parti-parti yang kecil di Sabah juga akan sertai BN ikut
jejak langkah ketiga parti itu jika sekadar menang satu dua kerusi nanti di
PRU14 dan akhirnya Sabahan akan tetap sama menderita kekal sebagai penerima
anugerah TERMISKIN, pendidikan asas tersorot, pengangguran bermaharaja dan
pemuda/remaja terus meninggalkan Sabah cari makan di Malaya.
DSPL meninggalkan PBS kerana ketika itu ia lihat PBS tak
akan berjaya mengubah keadaan Sabah sebab ketika itu PBS nyawa-nyawa ikan, sedang kuasa termasuk pendidikan, kastam
juga dana WANG DISATUKAN dikuasai oleh kerajaan BN/Kerajaan federal.
Jadi, adalah lojik jika DSPL sertai UMNO/BN ketika itu
untuk berusaha membantu Sabah dan terbukti PBS sendiri serta BN termasuk PBRS
dan juga UPKO sebab mereka juga beranggapan sama, cuma bezanya DSPL duluan ada
kesedaran sertai UMNO/BN.
Tetapi sesudah bertahun dan DSPL berusaha merubah
keadaan, tetapi UMNO bukan membaik sebalik makin memburuk, korup khianat yang
menyebabkan Sabah termiskin dan hidup susah dan ini hakikatnya dalam kerajaan
BN.
Kesan itu DSPL berfikir UMNO/BN gagal maka ia terpaksa
meninggalkan UMNO/BN meski parti itu boleh menjadikan dirinya kaya raya dan
apakah ada dalam dunia ini manusia yang mahu meninggalkan parti yang memberi
kekayaan? tentunya tidak, apa lagi punya jawatan menteri.
Tindakan DSPL satu tindakan terpuji dan harus kita
sanjung sebab sanggup tinggalkan kesenangan dan memilih penderitaan berjuang
dalam PKR/PR untuk membela rakyat yang termiskin di Sabah dan adakah yang lain
berjuang seperti yang DSPL lakukan?
Kita kena faham tentunya kita tidak akan sanggup berjuang
kalau perjuangan itu sia-sia dan Islam
juga tidak mahu kita terus berada dalam parti yang jelas KORUP, zalimi rakyat
dan penipu nombor satu serta pembohong dan itu makna menempah dosa kesan
subahat.
Kenapa yang lain tidak berani meninggalkan BN dan ada
yang sanggup U Turn?
Hanya orang yang tidak berdosa saja akan berani
meninggalkan BN/UMNO dan jika ada yang penuh rasuah/korup maka manusia semacam
itu memang leher mereka dalam cengkaman BN dan jika bertindak pasti ke penjara
sebab inilah biasanya tindakan BN jika dalam BN banyak melakukan silap.
DSPL berani tinggalkan BN kerana dia tidak punya dosa
apa2 untuk BN korek hantar ke penjara dan bagi saya DSPL adalah pejuang
sebenarnya sebab DSPL tahu hanya PR dan BN sahaja yang tanding 222 kerusi MP
dan kerana itu rakyat Sabah ada dua pilihan iaitu undi BN atau PR.
Undi BN makna ke jurang bahaya dan undi PR meski dikata
parti Malaya tetapi soal bahaya itu hanya andaian semata kesan manusia tak sama
sikapnya selagi belum diuji.
Fikir-fikirlah sendiri.
No comments:
Post a Comment