OLEH: SHAIMON S JUMADI
BINCANG.....Wong kelihatan sedang mendengar taklimat daripada Jurutera JKR mengenai penangguhan projek tersebut
SANDAKAN:- Projek pelebaran Jalan Batu 8 hingga ke Batu 16 Jalan Labuk
yang sehingga kini belum siap-siap lagi
Ahli Parlimen Sandakan Stephen (DAP)
Wong tidak berpuas hati dengan penengguhan projek tersebut.
Beliau menggesa pihak Jabatan Kerja Raya memantau ketat
perkembangan projek, kerana kelewatan persiapan projek tersebut menjejaskan
lalu lintas dan ekonomi Sandakan, dan seterusnya mengganggu kehidupan
masyarakat.
Beliau meninjau ke lokasi berkenaan baru-baru ini, setelah menerima banyak aduan
daripada orang ramai mengenai kelewatan projek pelebaran jalan raya tersebut.
Beliau juga berjumpa dengan jurutera JKR Andrew, untuk menyampaikan aduan dan
ketidakpuasan hati beliau.
Wong berkata, tong yang terletak di bulatan Batu 9, melarang
pemandu menggunakan bulatan tersebut, pemandu hanya boleh memutar balik ke arah
bandar dari bulatan Sungai Padang Batu 11, ini menimbulkan masalah lalu lintas
yang serius. Beliau menggesa pihak JKR mengatasi masalah tersebut, dan
kemudiannya dimaklumkan bahawa penutupan bulatan tersebut adalah bersifat
sementara sahaja.
Beliau berkata, yang paling tidak memuaskan ialah, projek pelebaran jalan raya batu 8 hingga 16 Jalan Labuk masih belum siap sejak April 2012 hingga April tahun ini (2015). Jumlah panjang jalan raya adalah 8km dan menelan kos sebanyak 105 juta ringgit, secara puratanya kos pembinaan lebih daripada sepuluh juta ringgit bagi setiap kilometer, apa sebabnya penangguhan berkali-kali sehingga kini masih belum disiapkan?

Tambah beliau, selain daripada kos pembinaan sebanyak 105
juta ringgit bagi projek pelebaran jalan raya tersebut, terdapat 11 juta
ringgit peruntukan tambahan untuk kerja-kerja pemindahan tiang elektrik, kabel,
paip air dan lain-lain. Pada awalnya, dijangka siap pada bulan April 2012, selepas
itu ditangguhkan ke bulan Oktober 2013, masih tidak dapat siap. Pada kali
ketiga, dilanjutkan ke bulan April 2015, dan dijamin pasti dapat siap dalam
jangka masa tersebut, tetapi kini bulan Mei 2015, jalan tersebut masih belum
lengkap, dan dipercayai memerlukan sekurang-kurang 6 bulan lagi untuk
disiapkan.
Wong berasa kecewa dan tidak faham mengapa projek
pelebaran jalan 8 km itu begitu sukar untuk disiapkan.
Beliau berkata, sebelum ini penangguhan adalah disebabkan
pemindahan tiang elektrik, kabel dan paip air. Walaupun terdapat peruntukan
tambahan sebanyak 11 juta ringgit untuk tujuan pemindahan, tetapi kini masih terdapat
banyak tiang elektrik yang belum dipindah, jangan-jangan wang telah habis
dibelanja, tetapi kerja belum lagi dijalankan.
Beliau pernah menghantar surat kepada JKR pada bulan November tahun lalu, untuk menggesa pihak berkenaan menyediakan jalan sementara semasa projek dijalankan, untuk memastikan aliran lalu lintas lancar. Semasa peninjauan, didapati masih terdapat sebahagian jalan yang tidak rata, menjejaskan lalu lintas.

Selain itu, beliau juga bimbang dengan projek pelebaran
jalan Batu 16-32. Beliau berkata, projek tersebut adalah dalam Rancangan
Malaysia Ke-9, tetapi sehingga kini menjelang Rancangan Malaysia 11, ia masih
belum selesai, ini adalah tidak adil kepada orang Sandakan.
No comments:
Post a Comment