PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT UNTUK RAKYAT MENDEKATI PEMIMPIN...KATA ZAKARIA

OLEH:  AZMI AZMAN


Zakaria (6 dari kanan) dengan pemimpin lain selepas merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat

 
GUM-GUM:- Program Pemimpin Bersama Rakyat membolehkan rakyat dan pemimpin berkumpul ke arah tujuan mencari pendekatan bersama antara pemimpin dengan rakyat.

“Program anjuran bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat dan JASA ini merupakan satu cetusan idea kearah merealisasikan objektif berkenaan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris ketika merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Gum Gum kelmarin.

Sementara itu, Zakaria turut memberitahu bahawa rakyat merupakan institusi kekeluargaan yang membentuk sebuah bangsa yang maju dan keharmonian serta perpaduan adalah penting dalam pembentukkan sesebuah institusi kekeluargaan.

Bagai pepatah pujangga lama “Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke bumi menjadi penawar,” tambah beliau.

“Program seumpama ini amatlah tinggi nilainya dalam usaha membentuk keperibadian insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial,” kata Zakaria lagi.

Beliau juga mengajak masyarakat di DUN Gum Gum agar sentiasa peka terhadap persekitaran mereka dan memantau setiap pergerakan yang tidak sihat terutama dalam isu kehadiran pihak-pihak yang menganggu keharmonian kaum.

 Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri turut meminta semua rakyat agar sentiasa menangkis dakyah, fitnah tomohan dan pemikiran jumud serta ekstrimis agama di kalangan rakyat.

Hadir bersama dimajlis berkenaan ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said , Pegawai Kemajuan Masyrakat DUN Gum Gum Rosly Aziz, Ketua Wanita UMNO Bahagian Libaran merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Armani Haji Mahiruddin serta para pemimpin masyarakat setempat.





No comments:

Post a Comment