ZAKARIA ......PENGANJURAN AKTIVITI MASYARAKAT JALINKAN SIRATULRAHIM

OLEH: LEE KON CHOY@ABDULLAH LEE


GAMBAR KELIHATAN……..Zakaria (tengah) menyampaikan hadiah kepada wakil pasukan pemenang ketika merasmikan program Hari Keluarga Kampung Semawang


GUM-GUM:-  Penganjuran akitivti kemasyarakatan seperti Hari Keluarga dapat mendekatkan lagi hubungan silaturahim di kalangan rakyat.

“Melalui  aktiviti serta program yang dijalankan, ianya diharapkan dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan dan mengeratkan hubungan integrasi berbilang kaum  dan yang paling berkesan adalah dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris ketika merasmikan program Hari Keluarga Kampung Semawang kelmarin.

Kita mengalakkan pembabitan aktif sukan kerana ia akan melahirkan budaya bersukan serta menyumbang kepada kecergasan semua lapisan masyarakat , tambah Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

“Fonemena positif ni akan menjana pembentukkan masyarakat yang sentiasa bersedia memberi khidmat professional, selain merupakan satu wadah yang disediakan bagi mendukung matlamat kerajaan melahirkan pekerja pekerja yang sentiasa aktif, berdisiplin dan memiliki keyakinan diri,” katanya lagi.

Sebagai wakil rakya sayat ingin melihat warga kita sihat dan memiliki minda dan fizikal yang sihat menerusi sukan dan program kemasyarakatan  seumpama ini, tambah Zakaria.

Beliau  percaya sukan merupakan salah satu kaedah untuk membina peribadi mulia melalui sifat- sifat berdisiplin, kesabaran, bertolak ansur, ketepatan masa, semangat kerjasama dan kepimpinan.  

Turut hadir ialah isteri Zakaria, Datin Raisah Jubar, Ketua Kampung Killi Sayadi, pengerusi JKKK Abu Bakar Ahmad, Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said dan Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz.



No comments:

Post a Comment