OLEH: LAWRENCE SUNGGIOK
RANAU:- Kebocoran batang
paip umum yang terletak di Pekan
Ranau sudah beberapa hari belum lagi
dibaiki oleh Jabatan Air Ranau.
Ekoran kebocoran itu adalah
penyebab utama tekanan air disekitar Pekan Ranau menjadi rendah.
Menurut beberapa orang yang
mengadu kepada Unit Biro Aduan The Borneo Sabah Insider.Net di Ranau
menjelaskan mengenai kebocoran itu sudah dilaporkan tiga hari yang lalu tetapi
sehingga kehari ini masuk keempat hari belum dibaiki.
Ini jelas satu pembaziran
air dibuang begitu saja dianggarkan selama 4 hari air yang meruap itu mahu juga
100 ribu leter di mana kah tanggungjawab
Jabatan Air Ranau membiarkan kebocoran itu
No comments:
Post a Comment