OLEH: SHAIMON S JUMADI
- TERIMA KASIH ... James menerima sebuah cenderahati kenangan daripada pihak penganjur pada majlis tersebut
BELURAN: Golongan belia dan beliawanis
khususnya di luar bandar perlu memanfaatkan masa muda dengan bergiat aktif
melalui apa jua bidang sukan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut,
Datuk James Ratib, berkata sukan adalah merupakan platform terbaik ke arah
membentuk gaya hidup sihat sekali gus menjadikan seseorang yang berjiwa
positif.
TENDANG JANGAN TAK TENDANG.....James cuba menendang bola sebagai tanda rasminya kejohanan bola sepak 9 sebelah anjuran SK Sualok ini
Katanya, sebagai aset terpenting pembangunan
negara maka penekanan ini harus diberikan perhatian memandangkan mereka menjadi
harapan untuk membawa cabaran sehingga ke peringkat lebih tinggi.
"Saya mahu golongan belia di kawasan
Sugut ini tampil ke hadapan untuk menceburi apa jua bidang sukan yang mereka
minat. Ini kerana, bersukan bukan sekadar menyihatkan tubuh badan di samping
memberikan keyakinan diri.
"Tetapi juga, kalau anda berbakat dan
boleh bermain dengan begitu baik maka sudah pasti negara akan memberikan
perhatian terhadap bakat kamu.
"Jadi, jangan buang masa sebaliknya
berusahalah untuk menjadi seorang pemain atau atlet harapan negeri dan juga
negara.
"Saya merakamkan ucapan syabas dan
tahniah diatas penganjuran kejohanan bolasepak ini yang mendapat penyertaan
ramai belia-belia," jelasnya.
James berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak
9 Sebelah Piala Datuk James Ratib anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Sualok 2015
di padang sekolah berkenaan, dekat sini, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ketua Umno Bahagian Beluran
memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap pembangunan sukan di kawasan
luar bandar Sugut.
Kata beliau, samada sekolah mahu pun kampung-kampung
perlu ada kemudahan sukan yang membolehkan anak-anak muda memanfaatkannya
sekali gus meningkatkan kemahiran sukan yang diminati.
Dalam perkembangan politik di negeri ini ketika James Ratib yang ditanya oleh Wartawan Kanan
The Borneo Sabah Insider, antara lain beliau menjelaskan keadaan politik di negeri
Sabah semua berjalan baik.
“Saya
berpendapat suasana perjalanan politik di Sabah yang dipimpin oleh Ketua
Menteri Sabah merangkap Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) negeri
memang cukup baik saya berani mengatakan kepimpinan Datuk Seri Musa Hj Aman telah mendapat sokongan padu yang tidak berbelah bagi terhadap bapa pembangunan
Negeri Sabah itu” Ujar James Ratib.
Dari itu kata James Ratib “Saya selaku ketua
Bahagian UMNO Beluran merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sugut
dengan rasa rendah diri menyatakan dengan telus dan ikhlas saya dan semua
ahli-ahli UMNO daripada Bahagian, cawangan Pemuda, Wanita, Puteri sehingga
keakar umbi UMNO Beluran berikrar akan menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Musa, dan Dato Mohd Najib
Tun Abdul Razak untuk mentadbir negeri dan Negara Malaysia yang kita cintai”.
No comments:
Post a Comment