OLEH:
SHAIMON S JUMADI
LEE
KON CHOI@ABDULLAH LEE
GAMBAR
MENUNJUKKAN:- Linda (3 dari kiri) bersama pegawai-pegawainya serta wakil
Surau Nur Rahman di Kampung Gas Baru semasa tinjauan ke kampung
berkenaan.
BATU
SAPI:- Surau Nur Rahman di Kampung Gas Baru dalam kawasan Parlimen Batu
Sapi akan dibaiki menggunakan peruntukan dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk
Linda Tsen Thau Lin.
Linda
yang mengadakan lawatan turun padang telah bertemu dengan penduduk di kawasan
Parlimen Batu Sapi, untuk mengenalpasti kemudahan-kemudahan rosak yang perlu
dibaiki serta masalah yang dihadapi mereka.
Beliau
memberitahu bahawa beliau akan menggunakan peruntukan Ahli Parlimennya untuk
melaksanakan kerja-kerja membaiki Surau Nur Rahman setelah wakil-wakil surau
mengajukan masalah berkenaan kepada beliau.
“Saya
telah meninjau keadaan surau dimana saya mendapati lantai, dinding dan bumbung
antara kemudahan asas yang perlu dibaiki. Kerja-kerja ini akan dimulakan dalam
tempoh terdekat,” kata Linda.
Turut
hadir ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk
Thou serta pegawai-pegawai lain.
No comments:
Post a Comment