OLEH: SHAIMON S JUMADI
MANGSA CULIK...THIEN NYUK FUN DAN BENARD THEN
SANDAKAN:- Minggu lalu sekurang-kurangnya tiga
panggilan dibuat kepada keluarga dua
rakyat Malaysia yang diculik oleh lelaki bersenjata di sebuah restoran makanan
laut di Sandakan.
GAMBAR HIASAN SAHAJA Kumpulan Abu Sayyap dipercayai terlibat dalam beberapa penculikan di Sabah
Pemanggil itu meminta wang untuk membeli ubat kencing manis
dan makanan untuk Thien Nyuk Fun, 50, dan Bernard Then Ted Fen, 39, yang
diculik dari restoran makanan laut Ocean King di Sandakan pada 14 Mei lalu.
Thien yang merupakan ahli
perniagaan, dikatakan seorang pesakit kencing manis.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk
Jalaluddin Abdul Rahman berkata lelaki bersenjata yang mengaku menahan dua
orang tawanan meminta wang untuk pembebasan mereka.
“Ya, tuntutan wang tebusan
telah dibuat tetapi saya tidak dapat mendedahkan jumlah itu,” katanya ketika
ditemui di ibu pejabat polis negeri di sini pada Sabtu.
Jalaluddin berkata
penculikan secara rambang itu menawan Thien dan Bernard di selatan Filipina,
Jolo dan berpindah bagi mengelakkan dikesan pasukan keselamatan di sana.
Thien
merupakan pemilik restoran popular di bandar Sandakan manakala Bernard adalah
seorang perunding elektrik di Kemboja.
No comments:
Post a Comment