KARYA: NURLIYANA
ABDULLAH
SEJAK dulu baik dari USNO, hingga ke BERJAYA/PBS
dan sekarang UMNO rata-rata yang masuk
politik itu lebih utamakan diri, keluarga dan suku sakat serta kerabat.
Sesiapa saja termasuk dalam kelompok parti pemerintah,
yang miskin jadi kaya dan yang bodoh meski sekolah atap kekadang jadi menteri
dan menjadi pemimpin meski cara memimpin itu tidak layak dipanggil pemimpin
tetapi berlagak seorang bijak memimpin.
Rata-rata mereka
itu masuk dan terlibat dalam politik sejak dulu mahukan area balak untuk cepat kaya dan
sesudah itu mahu anugerah tanah atau pulau yang nanti mahu dijual agar cepat
kaya.
Ketika tanah dan pulau milik orang lain, maka yang
diharapkan ialah dapat projek berjuta dan dijual sama taukeh kaya untung
mendadak cepat kaya pandu king ninja atau mercedes sombongnya bukan main.
itulah parti pemerintah terutama parti yang satu-satunya
itu.
Dalam kepala ketika sertai parti yang satu-satunya itu
termasuk yang lain dalam ikatan tetapi jumpa menteri dinyatakan mendapatkan
projek dan adalah dikasih sekitar 100k atau bersih parit di kampung dapatlah
RM5k untung 4K dan bagi dengan yang lain dan harta rakyat seolah milik mereka.
Jika misalnya tidak diberi, lalu ia umum keluar parti dan
mula jadi barua memburukkan parti berkenaan yang memangpun buruk dan selayaknya
diburukkan.
Kesan kepimpinan yang demikianlah Sabah menjadi susah dan
rakyat ada yang papa kedana dan selalu saja menyatakan kata syukur asal aman.
aman bagaimana kalau culik bunuh rompak ada di mana-mana dan nyawa boleh
melayang sekelip mata. inilah sabah yang terkenal dengan panggilan tanah di
bawah bayu cukup aman dan bahagia kononnya.
Memang dalam islam kita ini harus patuh sama pemimpin,
itu kenyataan menjelaskan selagi pemimpin itu benar bertindak, tetapi kalau
pemimpin itu mungkar, korup, bohong dan menipu, maka itu jelas perbuatan
syaitan dan wajib kita lawan jatuhkan, jika tidak itu bermakna kita subahat dan
dapat dosa sebab sekongkol menipu rakyat.
Najib sejak menjadi PM terlalu banyak skandal yang ia
lakukan dan sehingga sekarang ISU 1MDB tiada kata yang boleh kita percaya sebab
kenyataannya selalu berputar alam dan selalu saja berubah dimana pembohongannya
begitu ketara.
Kekayaan yang diperlihatkan oleh ROSMAH jelas keterlaluan
dan kesan itu negara berhutang berbilion dan kasus 1MDB yang gagal membayar
bunga, maka Najib arahkan lembaga pengarah seperti KWSP, Dana Pencen termasuk
Tabung Haji diambil untuk menutup kelemahan kesan hutang berbilion-bilion itu.
Bila kasus 1MDB itu dibangkit dan diperkatakan di
parlimen, maka jawaban najib berubah-ubah dan kenyataannya jelas berbohong dan
mencuba untuk menipu rakyat banyak.
Berdasarkan keadaan semacam ini jelas Najib bukanlah seorang
pemimpin yang baik dan kalau dibiar negara akan musnah dan secara tak langsung
rakyat akan menderita serta tak hairan akan menjadi pelarian di negeri sendiri
yang kaya sumber ini.
No comments:
Post a Comment