NUKILAN NURLIAYANA ABDULLAH
DALAM politik kena bijak
strategi. Biasa strategi ini tidak didedahkan alias disembunyikan sama macam
bidang ketenteraan dan siapa bijak strategi maka biasanya bakal ke depan
muncul juara.
Stretegi
itu lebih kurang juga macam menipu dan menipu itu maknanya muslihat dan bila
dihurai maksud politik itu samalah maksudnya muslihat. Yang bijak muslihat
biasanya mudah menang.
Bila
disebut soal Haji, maka banyak kenyataannya selalu sukar kita teka dan ada
kalanya berubah. Katanya wanita tak boleh jadi ketua, tetapi dalam masa sama
rasanya ramai juga wanita diangkat jadi pemimpin dan pernah juga wanita PAS
bertanding di Dun.
Pernah
dia kata wanita tak boleh jadi PM alias MB tetapi baru-baru ini dia sokong pula Wan Azizah jadi ketua pembangkang
di parlimen dan di situ memang sesekali dilanggarnya peraturan yang dia katakan
sebelumnya.
Dalam
negara Malaysia, umumnya suara majoriti harus semuanya kena akur sebab
begitulah cara tadbir di Malaysia dan sistem election juga di Malaysia adalah
sistem demokrasi, tetapi kekadang cara demokrasi itu tidak pula dipersetujui
oleh Hadi seperti keputusan DUN majoriti dulu setuju Kak Wan Azizah jadi
Menteri besar.
Dalam
PR Hadi kekadang terasakan menjadi masalah dan itu sebab DAP ternyata tidak
bersetuju cara PAS dan akhirnya PAS semacam duri dalam daging.
Pernah
dikabarkan Hadi berjumpa PM Najib dan dalam pertemuan itu jika PAS menyatu
dengan UMNO dijanjikan jawatan timbalan bakal diduduki oleh Hadi tetapi ketika
itu kala dipanggil Nik Aziz dan keputusannya Nik Aziz menolak dan itu
disenyapkan sahaja.
Bila
Nik Aziz meninggal, maka suara itu semakin jelas dan kasus hudud diketengahkan
tanpa perbincangan di meja bulat secara rasmi dan akhirnya menimbulkan masalah
di kalangan PR.
Sebenarnya
semua ini jelas salah satu permainan BN/Strategi untuk pecah dan perintah dan
kesannya sedikit berjaya tetapi yang kita lihat PAS semakin dirundung malang.
Di
Sabah PAS ditendang keluar dan di Semananjung masih dalam PR tetapi dianggap
DAP seolah macam duri dalam daging dan kesan itu sebenarnya PAS terbagi 3, satu
yang pro BN/bersama yang pernah kena pecat dulu dan satu pula kekal dalam PAS
kalangan ulama sedang yang satu pula bersama PR.
Demikianlah
keadaannya dan kita lihat nanti masa pemilihan dan jika Hadi menang maka
masalah tidak akan selesai kesannya PAS berpecah tetapi jika sebaliknya kita
harapkan di bawah pimpinan baru PAS akan sama seperti dulu visinya menjatuhkan
BN yang korup.
Tiba-tiba
Hadi dalam sehari dua lalu mengatakan
biarlah Najib terus menjadi PM dan kelihatanya ada dua kemungkinan. satu
mengharapkan Najib terus berkuasa dan duduki kerusi PM dan satu pula ada yang
mendesak Najib turun.
Keadaan
ini memang sukar buat Najib sebab jika ia undur bermakna dia seolah bersalah
tetapi jika tidak maka Mahathir akan terus mengkritiknya tanpa henti2 dan tentu
yang lain juga akan sama mengkritik Najib seperti mantan menteri besar membuka
segala kebobrokan Najib yang menyebabkan dia dulu dipaksa meninggalkan kerusi
MB Trengganu.
Sebenarnya
PR kalangan DAP dan PKR lebih suka Najib terus duduki kerusi PM dan dengan
demikian akan banyak isu bakal dibangkit dan tentunya Mahathir tidak akan diam
dan akan terus menekan dengan segala macam tong tahi kan dibongkar dan kesannya
gajah sama gajah bertarung, pelanduk di tengah memerhati bakal susah.
Bila
kebobrokan ini terbongkar maka UMNO/BN bakal lemah dan rakyat tidak akan
percaya dan di situ kita akan melihat apa selanjutnya.
Peluru2
dari Mahathir dan mantan menteri2 lain akan segera dilepaskan tanpa henti2
hingga ke PRU14 dan ini merupakan beban yang akan terus mengundang
ketidakpercayaan rakyat terhadap BN.
Ditambah
dengan sikap Rosmah yang boros dan itu akan mempercepatkan dan memudahkan PR
menundukkan BN di PRU14 nanti.
Maknanya
BN akan terkubur dan siap untuk ditalkinkan
No comments:
Post a Comment