OLEH: SHAIMON S JUMAD
BANGUNAN BELIA... nilah Pusat Pembangunan Belia dan Sukan atau PPBS yang terletak di lokasi strategik Pasir Putih, Jalan Bokara dikatakan kononnya tidak lagi berfungsi
SANDAKAN: Penasihat Persatuan Belia Kg Air, Jafar Mustafah
mencadangkan kepada kerajaan agar Pusat Pembangunan Belia dan Sukan (PPBS) di
Pasir Putih, Jalan Bokara dekat sini diurus semula supaya matlamatnya tercapai
dalam usaha mahu melihat para belia lebih cenderung kepada kesihatan dan
kecergasan.
Ini katanya, banyak persatuan yang melibatkan pembangunan belia
berdaftar terutamanya di kawasan Parlimen Batu Sapi maka adalah elok kiranya
PPBS diselia dengan baik bagi mencapai segala objektif.
"Pada saya, cadangan ini adalah bagi kebaikan kita semua
khususnya Generasi Y yang merupakan aset terpenting kepada pembangunan negara
jadi pusat sedia ada wajar diurus semula.
"Bayangkan, pihak kerajaan telah berbelanja wang yang banyak
untuk menyediakan sebuah PPBS di kawasan Parlimen Batu Sapi yang terletak di
dalam DUN 44 Karamunting, lokasinya amat bersesuaian dan paling strategik
kerana berdekatan pantai di mana ramai belia berjoging dan beriadah,"
jelasnya kepada New Sabah Times kelmarin.
Jafar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK) Kg Air berkata pusat tersebut memberikan manfaat kepada belia
dan beliawanis dari sekitar Karamunting dan Sekong seperti Kampung Sheeng Kee;
Kampung Pasir Putih; Taman Melanta; Kampung Bokara, Kampung Air; Kampung
Karamunting; Perumahan MPS; Kampung Bahagia dan kampung-kampung lain.
Beliau menambah bahawa belia-belia yang berpersatuan dan aktif
dalam bidang kecergasan sudah tentu dapat memanfaatkan segala kemudahan yang
lengkap terdapat di pusat tersebut.
Namun begitu, ujarnya, apa yang mereka sedia maklum bahawa
jurulatihnya telah tiada sekali gus menyebabkan tidak berfungsi langsung pusat
kecergasan itu.
"Apakah pusat sebegini hidup dan aktif mengikut jurulatih
atau mengikut pengurusan yang aktif. Apabila pengurusan sudah tiada, maka tidak
berfungsilah pengurusannya," tanya Jafar.
Sehubungan dengan itu, beliau mahu pihak kerajaan bertindak agar
PPBS dapat diaktifkan semula demi kebaikan Generasi Y yang aktif dalam bidang
sukan dan kecergasan," jelasnya.
No comments:
Post a Comment