ZAKARIA RASMI PESTA KAAMATAN PERINGKAT KAMPUNG KITIGAS



OLEH:AZMI AZMAN


GAMBAR MENUNJUKKAN...Zakaria .memalu gong untuk merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat Kampung Kitagas




GUM-GUM:- Kestabilan politik mampu menjamin keharmonian dan ketenteraman selain  dari menstabilkan ekonomi masyarakat negeri ini.

“Dengan ditambah lagi sokongan padu para pemimpin di peringkat atasan maka setiap program kearah pengkukuhan kaum terus mendapat perhatian,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris semasa merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat Kampung Kitagas , Batu 26 Jalan Labuk, kelmarin.

Kejayaan menganjurkan program sambutan Pesta Kaamatan ini menunjukkan kekuatan dan perpaduan kaum di negara kita khususnya masyarakat komuniti di Sabah yang datangnya dari pelbagai latar etnik, tambah beliau yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Negeri Sabah.

“Saya bangga dan berharap agar hubungan silaturahim antara semua kaum dapat dipelihara dan menjadi teras kepada perpaduan di Negeri Sabah khususnya di sini,” tambah Zakaria.

Beliau menyeru masyarakat agar terus mengekalkan keharmonian kaum dan pelihara budaya di negeri ini kerana budaya adalah identiti bangsa kita.

“ Bak kata pepatah “ Biar mati anak jangan mati adat” itu adalah kata-kata nasihat yang mahu generasi bangsa ini tidak melupakan asal usul keturunan mereka,” tambahnya.

 Inilah keunikan kita di Sabah yang banyak meraikan majlis keraiaan seperti Pesta Kaamatan dan pesta-pesta lain yang uniknya, kata Zakaria.



No comments:

Post a Comment