OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Tindakan Kerajaan Negeri menaikkan kadar
tarif air disifatkan sebagai keterlaluan kerana mengakibatkan dan punca
kenaikan harga barang melambung tinggi seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen
Kawasan Sandakan (DAP) Stephen Wong hari
ini.
Beliau
memberi respon sedemikian, berhubung dengan peristiwa para peniaga industri
ringan di Bandar Kim Fung menerima kadar bil air yang terlampau tinggi.
Beliau
juga menyifatkan kerajaan negeri BN yang keterlaluan dengan caj bekalan air,
sama seperti pepatah cina "hanya membenarkan pegawai membakar, tetapi tidak
membenarkan rakyat menyalakan lampu”, kerana kadang-kadang para peniaga
terpaksa menaikkan harga tetapi dilarang oleh kerajaan, kerajaan pula menaikkan
semua caj di sebaliknya.
Wong menunjukkan bahawa sebelum
ini kadar minimum tarif air adalah RM4, kini kadar minimum tarif air bagi
sektor perniagaan adalah RM22.50, kadar minimum bagi sektor perindustrian pula adalah
RM70. Peningkatan caj minimum sebanyak berapa peratus? Dipercayai ramai orang
pun susah mengirakannya.
Beliau berkata, bukan
sahaja kadar minimum tarif air keterlaluan, kadar seunit air juga keterlaluan.
Sebelum ini setiap unit adalah 90 sen, kini kadar 0-70 unit bagi sektor perniagaan
dan perindustrian adalah RM1.60 setiap unit, jika melebihi 70 unit adalah RM2
seunit.
Bagi kadar air rumah, 0-10
unit adalah 30 sen seunit, 11-20 unit 60 sen, 21-35 unit RM1.10 , 36-60 unit
RM1.30, lebih daripada 60 unit adalah RM1.80 seunit.
Wong berkata, walaupun kebanyakan pengguna golongan bawah tidak terjejas, tetapi disebabkan tarif air sektor perniagaan dan perindustrian meningkat, menyebabkan harga barang turut menaik, bagaimanakah rakyat tidak terjejas?
Beliau menyifatkan kenyataan yang berkata golongan bawah tidak terjejas dengan kenaikan tarif air adalah menipu sesama diri sendiri.

Diharapkan kerajaan BN dan Ahli
Dewan Undangan (ADUN) BN jangan berbohong kepada diri sendiri dan menipu
rakyat.
Beliau berkata, 2 orang ADUN DAP pernah menentang kenaikan tarif air oleh kerajaan negeri BN dalam persidangan DUN, tetapi ADUN BN tiada sebarang respon, malah mempertahankan kenaikan tarif air walaupun ia adalah terlampau, ini amat mengecewakan.
Wong menggesa kerajaan BN mengkaji semula tarif air dengan serta merta, membatalkan tarif air minimum, memulangkan keadilan kepada rakyat.

Beliau berkata, GST telah menyebabkan
rakyat amat sengsara, tetapi kerajaan negeri masih menaikkan tarif air secara
sewenang-wenangnya, ini sama seperti "menambah penghinaan kepada
kecederaan".
Beliau percaya bahawa dengan pelaksanaan GST, tarif air
meningkat, harga minyak juga akan menaik tidak lama lagi, ini kerana kerajaan
BN adalah “Kerajaan Naik Harga”.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri BN perlu menghalang kawasan perumahan haram mencuri air, dan mencegah kehilangan bekalan air, bukannya menambah kesemua kerugian ke atas para pengguna, ini adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab, terutamanya bekalan air merupakan keperluan rakyat yang perlu kerajaan sediakan.
No comments:
Post a Comment