ZETI : 1MDB GAGAL BUKTIKAN AS$1.83B DIPULANGKAN


Saturday March 26.2016


OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

1MDB dilapor mengabaikan arahan Bank Negara untuk mengemukakan bukti bahawa syarikat pelaburan negara itu tidak dapat membawa pulang dana AS$1.83 bilion yang berada di luar negara.

Menurut Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, 1MDB tidak memberikan sebarang alasan.

Sehubungan itu, katanya, Bank Negara sedang meneruskan "tindakan penguatkuasaan pentadbiran yang sesuai" terhadap 1MDB kerana tidak mengemukakan bukti berkenaan.

"Mereka (1MDB) tidak mematuhi arahan, (oleh itu) bank pusat itu akan mengambil tindakan penguatkuasaan pentadbiran yang sesuai seperti yang dibenarkan oleh undang-undang di mana bank beroperasi," katanya pada sidang media hari ini.

Walau bagaimanapun, ini (tindakan susulan) memerlukan kelulusan Jabatan Peguam Negara sebelum sebarang tindakan boleh diambil terhadap 1MDB, katanya.

"Bank Negara merancang untuk mengemukakannya (cadangan untuk tindakan)," kata beliau.
Ini akan dilakukan dalam baki tempoh 38 hari beliau sebagai gabenor sebelum bersara, kata Zeti.

Menurut beliau, ini akan menjadi tindakan terakhir bank pusat itu alam menangani kemelut 1MDB dan beliau merancang untuk menyerahkan tugas dengan bersih kepada pengganti beliau.

Pada Ogos, 2015, Bank Negara membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB untuk pelaburan luar negara yang berjumlah AS$1.83 bilion (kira-kira RM7.5 bilion pada kadar pertukaran semasa).

1MDB kemudian diarahkan membawa pulang dana berkenaan ke Malaysia.
Pada Oktober, 2015, 1MDB menjawab bahawa wang berkenaan telah digunakan.


No comments:

Post a Comment