ADUN GUM-GUM RASMI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT POLITEKNIK


Monday March 21.2016

Gambar Kelihatan……Zakaria menyempurnakan majlis penanaman pokok di SK Seri Manis kelmarin

 
OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com


GUM-GUM:- Program Khidmat Masyarakat (CSR) Politeknik Sandakan ke sekolah- sekolah yang menjurus kearah 3K iaitu Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan mampu  membuka minda pelajar dan masyarakat setempat berhubung pentingnya ketiga-tiga perkara itu dalam pembangunan masyarakat.
                                      
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum-Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata, program seumpama bukan sahaja mampu menyedarkan masyarakat pentingnya keindahan alam malah ia juga dapat merapatkan jurang antara masyarakat, pelajar dan pemimpin setempat melalui aktiviti yang dilaksanakan.
         
“Usaha pihak politeknik yang mempunyai pelbagai kemahiran dalam melaksanakan aktiviti seumpama juga mampu memberi impak positif kepada masyarakat setempat,” tambah Zakaria pada Majlis Penangguhan Program Khidmat Masyarakat Politeknik Sandakan di Sekolah Kebangsaan Seri Manis, Gum-Gum, kelmarin.
         
Dalam pada itu, Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, mahu pihak pengurusan sekolah disetiap kampung dalam kawasannya memantau harta benda sekolah daripada disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.
          
Pada masa sama, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) juga diminta  meningkatkan kerjasama dengan pihak pengurusan sekolah dalam menjaga kemudahan yang disediakan kerajaan demi mengelak berlakunya jenayah vandalisme.
     
Pada majlis tersebut juga menyaksikan Politeknik Sandakan menyumbangkan satu unit penyedut habuk kepada surau Kampung Seri Manis dan 65 anak pokok buah-buahan untuk di tanam di kawasan perkampungan berkenaan.

Sementara itu Pengarah Politeknik Sandakan Hassan Siraj berkata program CSR Politeknik Sandakan membolehkan para pensyarah serta pelajar untuk medekati masyarakat setempat melalui aktiviti-aktiviti amal.

Seramai 20 pelajar Politeknik Sandakan turut menyertai program sehari itu.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seri Manis merangkap Pengerusi JKKK Kampung Seri Manis Abas Labasa, gurubesar SK Seri Manis Bistari Asoi, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Samdalam Rusli Abdul Rahman dan Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz.



No comments:

Post a Comment