LEBIH 250 PENDUDUK KG SINAR BARU BAKAL DAPAT BEKALAN AIR BERSIH ...KATA ZAKARIA


Wednesday March 23.2016

GAMBAR KELIHATAN…. Zakaria bersama wakil kontraktor serta Hamsan meninjau projek pemasangan paip air di Kampung Sinar Baru

LEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com


GUM-GUM:-    Lebih dari 250 penduduk Kampung Sinar Baru di Batu 12 Jalan Labuk akan dapat menikmati bekalan air bersih apabila projek pemasangan paip sepanjang 5.5 KM siap sepenuh bulan Mei ini.

Menurut wakil kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek tersebut, kerja-kerja pemasangan bermula pada 10 Mac lalu dan kini telah siap sebanyak 1.5 KM.

Tiga lagi buah kampung iaitu dua di Rancangan Sungai Manila dan juga Kampung Batu Putih akan turut mendapat bekalan air bersih menerusi  projek pemasangan paip air ke empat buah kampung yang menelan belanja kos  berjumlah RM 6 juta, tambah wakil kontraktor berkenaan.

Sebanyak 150 buah rumah akan mendapat bekalan air bersih apabila kerja-kerja pemasangan paip saiz empat inci itu siap pada bulan Mei kelak, kata wakil kontraktor ketika memberi taklimat kepada Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris pada hari Isnin.

Dalam pada itu, Zakaria menasihati para penduduk di Kampung Sinar Baru supaya memberi kerjasama sepenuh kepada pihak kontraktor untuk memastikan kerja-kerja pemasangan berjalan dengan lancar kerana projek tersebut merupakan salah satu usaha Kerajaan Barisan Nasional untuk kebaikan dan kepentingan rakyat di kawasan ini.

Kita berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat kerana memberi peruntukan untuk pelaksanaan projek pemasangan pair air ini, katanya lagi.

“Alhamdulilah, penduduk di Kampung Sinar Baru akan dapat menikmati bekalan air bersih sebelum Hari Raya Aidil Fitri akan datang,” tambah Zakaria.

Zakaria yang juga Ahli DUN Gum Gum dan Naib Ketua Bahagian UMNO Libaran telah membuat lawatan untuk meninjau kerja-kerja pembinaan beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan di Libaran.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain, Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said dan Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz.




No comments:

Post a Comment