RAHIMAH SAMPAIKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SERAMAI 270 MURID SK TAMAN MAWAR




Sabtu Mac 05.2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


SEKONG:-Seramai 270 orang murid dari tahun 1 hingga ke tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mawar tekah menerima bantuan awal  perkolahan yang disumbangkan oleh kerajaan persekutuan ibubapa yang berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi Rahimah Asrah yang mewakili  ADUN Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya telah menyampaikan bantuan tersebut.

Dalam ucapan Rahimah antara lain menjelaskan tujuan bantuan seumpama itu diberikan kepada murid-murid berkenaan adalah untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh para ibubapa.

Rahimah juga berpesan ibubapa harus menitikberatkan  dalam pembelajaran anak-anak dan  berikan galakan supaya mereka rajin-rajin belajar

“Pastikan anak-anak bila berada dirumah supaya membuat kerja-kerja rumah (Home Work) agar menjadi pelajar yang cemerlang bila menduduki peperiksaan” katanya.
 
Katanya Rahimah lagi hanya orang yang mempunyai ilmu pendidikan secukupnya  boleh  merubah  kehidupan masa depan yang lebih cerah dengan ini segala kemiskinan yang membelenggu kepada ibubapa dapat terbela bila dewasa nanti anak-anak mereka yang mempunyai pelbagai pekerjaan yang baik.

Turut dari hadir pada majlis tersebut ialah YDP PIBG SK Taman Mawar  AD Abada dan Guru Besar SK Taman Mawar Puan Patmah Said.

No comments:

Post a Comment