ADUN N45 ELOPURA (AU KAM WAH) KECEWA MPS AKAN MELAKSANAKAN CAJ KERETA DI BANDAR SATELIT SANDAKAN PADA MEI 2016


Wednesday March 02.2016

OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider16.blogspot.com

 
ELOPURA:- Wakil Rakyat N.45 Elopura Datuk Au Kam Wah mengutuk, menegaskan  dan rasa kecewa atas kedegilan Majlis Perbandaran Sandakan dalam melaksanakan caj letak kereta di Bandar-bandar satelit dari Batu 4 hingga Batu 8.

Keputusan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada keadaan ekonomi yang begitu lemah langsung tidak mempertimbang kesusahan dan keluhan rakyat Sandakan. Pasa masa yang sama, memaksa wakil rakyat ke penjuru.

“Bagai tambah garam pada luka. Rakyat sudah begitu susah, MPS pula mahu melaksanakan polisi untuk tambahkan bebanan rakyat dan menyebabkan rakyat tambah parah.

 Adakah MPS begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan sehingga tidak menghiraukan hidup dan mati rakyat Sandakan?” Tegas Datuk Au.

Gambar Hiasan Sahaja


Dalam tempoh 20 tahun yang lepas, Malaysia mengalami kemerosotan ekonomi yang paling teruk pada kali ini.

Tiada orang boleh meramalkan bila ekonomi boleh pulih semula. Maka MPS sememangnya tidak patut dan tidak perlu begitu gesa untuk melaksanakan polisi ini pada ketika MPS masih mempunyai simpanan berpuluh juta. Warge pekerja terpaksa belanjakan lebih

RM100 hanya bayar caj letak kereta tiap-tiap bulan nanti.
Tambah Au, sekiranya MPS melaksanakan caj letak kereta pada ketika ekonomi yang baik, maka pelaksaanan ini boleh rakyat terima.

Akan tetapi, hakikatnya  adalah peniaga kini sedang risau bagaimana untuk teruskan perniagaan, pekerja risau sama ada akan digugurkan.

Pada masa aliran wang yang begitu ketat dan lambat, maka melaksanakan polisi ini tanpa timbang rasa kepada rakyat sudah pasti tidak akan diterima ramai.



ADUN N.45 Elopura ini telah pun berkali-kali menghalang MPS untuk melaksanakan caj letak kereta di Bandar-bandar satelit.

Beliau kini menegas sekali lagi pendiriannya dan berharap pihak MPS dapat menangguhkan pelaksanaan polisi ini. Sekiranya MPS masih degil, beliau tidak ketepikan kemungkinan untuk melakukan tindakan yang selanjutnya demi kemuafakatan dan kepentingan rakyat.




No comments:

Post a Comment