SPRM TIDAK WAJAR MENARIK BALIK PENGELUARAN SIJIL ANAK NEGERI...WONG



 Sunday March 06.2016

OLEH: STAFF DAP
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tien Fatt (DAP) memberi pandangan beliau bahawa cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) Sabah untuk menarik balik semua Sijil Anak Negeri (SAN) Sabah untuk mengedar semula adalah sukar dilaksanakan dan terlalu terlampau, kerana tindakan ini mungkin akan menjejaskan kepentingan anak negeri Sabah dan juga mewujudkan pelbagai masalah dan kontroversi yang tidak harus timbul.

Beliau berkata bahawa SAN Sabah adalah berbeza daripada dokumen identiti, seperti kad pengenalan kerana sijil tersebut hanya memainkan peranan dalam hal ehwal anak negeri Sabah yang melibatkan pertukaran kepentingan, khususnya penjualan tanah rizah anak negeri Sabah.


Oleh itu, beliau cadang bahawa SPRM tidak harus menarik balik SAN Sabah secara keseluruhan, sebaliknya SPRM Sabah haruslah hanya menjalankan siasatan terhadap penjualan tanah rizab anak negeri Sabah, sekiranya mendapati pemalsuan sijil tersebut ataupun sesiapa memperolehi sijil tersebut secara haram, SPRM boleh menarik balik sijil mereka.

Hal ini boleh mengelakkan membawa kesulitan serius kepada sebahagian besar anak negeri Sabah yang tidak bersalah dan tidak ada melibat dalam penjualan tanah rizab anak negeri Sabah.

“Permohonan yang berkaitan dengan SAN Sabah yang tulen kini pun sukar diproseskan, sekiranya menarik balik semua SAN Sabah untuk pengedaran semula, saya risau proses tersebut pasti akan kompleks dan mengambil bertahun-tahun untuk melengkapkan proses tersebut.


Hal ini juga pasti sangat menyusahkan, apa lagi kalau menimbul sebarang kesilapan atau pertikaian? Oleh itu, cadangan ini tidak boleh dilaksanakan kerana ia akan menyebabkan banyak masalah dan SPRM Sabah haruslah membuat pertimbangan dahulu dan mengetahui akibat-akibat yang akan membawa,” tambahan Stephen Wong.

Namun begitu, beliau berkata bahawa beliau menyokong SPRM Sabah untuk menyiasat orang yang memperoleh SAN Sabah secara haram, terutamanya, orang-orang yang terlibat dalam penjualan dan pembelian tanah rizab anak negeri Sabah haruslah disiasat.

Kita juga pernah menerima maklum bahawa terdapat syarikat - syarikat besar mengambil alih tanah rizab anak negeri Sabah, dan menjalankan aktiviti komersial untuk keuntungan, adakah SPRM menjalankan siasatan terhadap syarikat - syarikat ini? Adakah syarikat-syarikat besar ini terlibat dalam perbuatan menyalahi undang-undang? Kerajaan haruslah memberi penjelasan kepada anak negeri Sabah mengenai isu tersebut, kata Stephen Wong.

Bagaimanapun, beliau percaya rakyat Sabah akan lebih prihatin terhadap masalah pendatang tanpa izin di Sabah, sekiranya kerajaan menarik balik kad pengenalan yang telah diberi kepada PATI, rakyat Sabah pasti akan menyokong dan gembira.

 Sehingga hari ini, laporan RCI Sabah telah dikemukakan lebih daripada satu tahun, tetapi kerajaan masih tidak ada menunjukkan keikhlasan untuk menyelesaikan masalah PTI di Sabah.

No comments:

Post a Comment