WONG MINTA SPA TIMBANG SEDALAM-DALAMNYA SEBELUM BERTINDAK MEMBEKUKAN PENGAMBILAN PENJAWAT AWAM

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Tindakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan  (SPA)  mengenai  pembekuan pengambilan penjawat awam  seperti yang diumumkan baru-baru ini betul-betul memberi impak buruk kepada sektor awam yang melibatkan kehidupan masyarakat.


Tindakan pembekuan itu ia  membabitkan sektor kesihatan, perubatan keselamatan dan pendidikan awam dalam hal ini  perlu diambil kira beberapa sudut demi mengorbankan kepentingan rakyat  Sabah yang kini terlalu jauh ketinggalan kebelangkan dari semua aspek

Wong berkata ekoran pengumuman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan pada 22 April untuk membekukan pengambilan penjawat awam baru, sebanyak 15 agensi kerajaan, termasuk kesihatan dan perubatan, polis, angkatan tentera dan lain-lain menerima arahan supaya menghentikan pengambilan kakitangan awam yang baru, ini ditafsirkan sebagai cara kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan awam. 


Beliau berkata, potong bajet dan mengurangkan perbelanjaan, tidak patut mengorbankan kepentingan rakyat, terutamanya sektor awam yang melibatkan kehidupan dan kesejahteraan berjuta-juta rakyat.

Pada pandangan beliau, kini terutamanya di Sabah, banyak sektor sosial awam, termasuk pendidikan dan perubatan adalah kekurangan tenaga kerja untuk berkhidmat kepada rakyat, jika terburu-buru untuk membekukan pengambilan kakitangan awam, ia mungkin mengakibatkan kakitangan perkhidmatan awam di Sabah semakin tidak mencukupi, justeru itu membawa kesan kepada rakyat.

Sebagai contoh, pada masa ini di Sabah adalah salah sebuah negeri yang paling kekurangan doktor, berbanding dengan statistik negara, nisbah doktor kepada penduduk di Sabah adalah seorang doktor bagi setiap 1234 penduduk, manakala seluruh negara adalah 1 kepada 633, dua kali ganda lebih baik daripada Sabah. 

Nisbah doktor kepada penduduk di negara ini mencapai tahap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tetapi Sabah pula jauh ketinggalan, dan ini juga menunjukkan masalah kekurangan doktor adalah serius, masalah ini perlu ditangani.


Beliau juga berkata, suratkhabar baru-baru ini menyatakan bahawa hospital awam penuh sesak, dan tidak mampu menampung permintaan, ini telah menjadi satu masalah yang besar. Ramai pesakit terpaksa menahan kesakitan menunggu lama.

Jika kerajaan menjimatkan wang dengan mengorbankan perkhidmatan kesihatan dan perubatan di Sabah, berhenti mengambil kakitangan perubatan untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit, ia akan mendatangkan kesan yang sangat serius, ini merupakan satu langkah yang mempertaruhkan nyawa.

Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa sekolah-sekolah Sabah kini, terutamanya di kawasan luar bandar atau kawasan pedalaman adalah kekurangan guru, ini merupakan masalah yang berterusan, jika kerajaan benar-benar tidak mengambil guru baru untuk mengajar di Sabah, maka pelajar yang tidak bersalah akan menjadi mangsa. 

Wong  berkata, dasar kerajaan perlu memberi keutamaan kepada keperluan asas rakyat seperti kesihatan dan pendidikan, walaupun demi mengurangkan perbelanjaan, pendidikan dan kesihatan tidak boleh dipermainkan.

GAMBAR Hiasan saja Foto Free Sandakan Today.com


Beliau juga menyebut tentang masalah keselamatan Sabah. Disebabkan keselamatan di Sabah semakin teruk,  bilangan polis di Sabah semakin tidak mencukupi, kerajaan perlu menambah bilangan polis untuk menjaga keselamatan masyarakat, kerana ini berhubungkait dengan keselamatan nyawa dan harta benda, kerajaan harus memperkuatkan sektor ini.

Kata beliau, adalah lebih baik dan lebih praktikal untuk memulakan pengurangan bajet dari Jabatan Perdana Menteri, dan ianya tidak menjejaskan kehidupan rakyat. 


Pada tahun ini, bajet Jabatan Perdana Menteri adalah 7% daripada jumlah perbelanjaan, atau sejumlah 19 bilion ringgit, termasuk 7 billion ringgit dana penyelarasan yang tujuannya tidak diketahui. Ini adalah dana untuk digunakan oleh Perdana Menteri, langsung tidak berhubungkait dengan kehidupan rakyat . Beliau bertanya, mengapakah perlu mengurangkan belanjawan sektor kesihatan dan pendidikan, dan bukannya memotong dana penyelarasan yang begitu banyak?

Beliau menggesa kerajaan supaya bertimbang rasa, terutamanya merasai masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah. 

Kini Sabah masih mundur dan miskin, kerajaan tidak patut mengurangkan perbelanjaan di Sabah, apatah lagi sektor perkhidmatan awam yang berkaitan dengan kehidupan rakyat, kerana jika berlakunya kesilapan, ia akan menjejaskan kepentingan rakyat Sabah dengan serius.

No comments:

Post a Comment