MANTAN MT UMNO KECEWA RMK11 MASIH BINCANG KEMISKINAN BUMIPUTERA


OLEH KC NAZARI


KUALA LUMPUR:-Mantan  Timbalan Menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah berharap kerajaan mengambil inspirasi daripada Laporan Pembangunan Malaysia 2013 yang menekankan pembasmian kemiskinan meliputi seluruh rakyat Malaysia.-

.Bekas Timbalan Menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah kecewa pendekatan kerajaan yang masih cuba menyelesaikan masalah kemiskinan menurut garis perkauman dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11) ketika cabaran itu kini merentasi garis perkauman.


Beliau berharap Malaysia mengambil inspirasi daripada Laporan Pembangunan Malaysia 2013 yang menekankan pembasmian kemiskinan meliputi seluruh rakyat Malaysia.

"Saya mengharapkan RMK11 akan meneruskan perbincangan itu. Malangnya tidak.

"Maka kerana itu saya sangat sedih RMK11 masih mempunyai agenda Bumiputera.

"Saya mengharapkan RMK11 sebagai pelan pertama yang tidak menangani masalah ini berdasarkan kaum tetapi berdasarkan keperluan," katanya sewaktu berucap pada forum anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baharu, Persatuan Promosi Harmoni Malaysia (Harmony Malaysia), di Petaling Jaya petang ini.

Menurut Saifuddin, satu perbincangan untuk menetapkan tempoh agar pembasmian kemiskinan berdasarkan kaum dihentikan, perlu diadakan.

Bagaimana pun, kumpulan pendesak Melayu Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada 28 Mei lalu berpandangan agenda Bumiputera diketepikan dalam RMK11.

Menurutnya, ini kerana hanya 5% daripada 389 halaman laporan itu membincangkan agenda Bumiputera. - POSTED BY THE MALAYSIA INSIDER

ULASAN:

Bukan kah rakyat Bumiputera yang tinggal di Sabah antara 13 negeri di Malaysia Sabah adalah negeri yang terkaya  sekali.

Dimana rakyatnya tidak kira Bumiputera dan warga tempatan lain termasuk PATI hidup dalam kemewahan.

Siapa bilang rakyat Sabah masih di belenggu kemiskinan orang-orang Sabah paling senang mengharungi kehidupan sementara Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) turut mengecapi kehidupan paling istimewah.


Tambahan kerajaan melaksanakan GST bertambah baik kehidupan rakyat di kawasan pedalaman mereka 90 peratus sokong GST

Soal skandel 1MDB yang membabit Tabung Haji  rakyat Sabah 90 peratus  memberikan sokongan terhadap penyelewengan itu 


Jelas kelihatan orang-orang Sabah 100 peratus boleh mudah diperbodoh-bodohkan seperti kerbau dicucuk hidung  walaupun jelas adanya berlaku perkara-perkara songsang masih mendapat sokongan padu daripada rakyat Sabah terutama sekali para penyokong UMNO/BN.

No comments:

Post a Comment