WONG SELAR PRESIDEN MPS TIDAK PUNYA TANGGUNGJAWAB MENANGANI PELBAGAI MASALAH RAKYAT

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Kegagalan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menangani masalah Pasar Umum yang berdepan pelbagai masalah  ini menggambarkan kegagalan Presiden MPS dalam menjalankan urusan pentadbiran.

Bahkan bukan saja  pasar umum  yang berdepan masalah banyak lagi tempat-tempat khususnya di kawasan-kawasan taman perumahan  kalau bukan masalah parit mahu juga rumput panjang termasuk sampah sarap.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong mencabar kepada  Presiden MPS James Wong  agar meletakan jawatan jika tidak berupaya dan mampu menjalankan tugas untuk berkhidmat kepada masyarakat dan lebih baik diberikan kepada orang yang benar-benar berminat bukan makan gaji buta semata-mata.

Wong berkata demikian selepas  meninjau Pasar Umum bandar Sandakan bersama dengan pembantu khas Amsi Liew, pada hari Rabu yang lalu. Semasa peninjauan,

Wong menerima banyak aduan dan kebanyakan adalah di bawah skop pengurusan MPS yang tidak terurus memantau menyenggelarakan apa juga masalah yang terdapat diluar dan dalam pasar.



Beliau mendedahkan bahawa terdapat 40 buah kipas angin di pasar umum telah rosak, menyebabkan para penjaja dan pengunjung mengalami kepanasan, orang ramai tidak lagi mengunjung ke pasar disebabkan masalah ini, justeru menjejaskan perniagaan penjaja.

Wong berkata, menurut aduan, kerosakan kipas angin telah berlaku selama 3 hingga 6 bulan, adakah Presiden MPS pernah melawat ke pasar? Adakah beliau sedar akan masalah berkenaan?

Wong juga diberitahu bahawa MPS ingin menukarkan semua kipas dinding kepada kipas gantung, tetapi sebelum pelaksanaan tersebut, MPS patut membaikpulihkan 40 buah kipas angin yang telah rosak, untuk melancarkan pengaliran udara, ini adalah amat penting.


Beliau berpendapat bahawa, Presiden MPS dan para ahli majlis harus mengambil berat dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat, ini adalah tugas dan tanggungjawab mereka. Jangan lupa gaji dan elaun mereka adalah daripada rakyat, jika masalah masyarakat yang asas juga tidak mampu diatasi, maka mereka patut disalahkan dan harus meletak jawatan.

Wong bertanya, berapa kali Presiden MPS mengunjung ke pasar umum selama 6 tahun berada di Sandakan? Sejak kebelakangan ini, masalah kebersihan di kawasan bandar Sandakan amat teruk sekali, adakah pihak MPS, Presiden MPS dan para ahli majlis akan berasa malu?

Beliau mengingatkan Presiden MPS Datuk James Wong, beliau berada di Sandakan adalah untuk berkhidmat kepada warga Sandakan, bukanlah untuk mengangkat-angkat Ketua Menteri ataupun Menteri, orang Sandakan telah hilang sabar dengan beliau. 

Wong sebagai MP Sandakan juga tidak dapat bersabar dengan beliau lagi.

Kata Wong, sejak bulan September tahun lalu, beliau telah berkali-kali menghantar surat mengenai masalah Sandakan kepada Presiden MPS, namun sehingga kini tiada sebarang balasan yang diberikan oleh beliau. Penjawat awam tidak patut bersikap demikian, dan Sandakan juga tidak memerlukan Presiden MPS seperti ini. 


No comments:

Post a Comment