LINDA TSEN MP BATU SAPI RAHIMAH KETUA WANITA UMNO BATU SAPI TURUN PADANG TINJAU RAKYAT

OLEH: AZMI AZMAN
SHAIMON S JUMADI


GAMBAR KELIHATAN…..Linda (5 dari kanan) berjumpa dengan penduduk ketika lawatan beliau ke Kampung Tabah Baru

BATU SAPI:- Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah mengadakan lawatan ke kawasan beliau untuk berjumpa dengan masyarakat setempat.

Turut bersama dalam program lawatan Linda ialah Ketua Pegawai Perhubungan Kong Nyuk Thou serta Ketua Wanita UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah dan Ahli Jawatankuasa beliau.

Di Kampung Tabah Baru, Linda serta rombongan telah dibawa meninjau kemudahan asas yang ada di perkampungan berkenaan oleh Ketua Kampung Ramlin Silah dan para pemimpin kampung yang lain.

Dalam lawatan itu juga, beliau sempat bertemu dengan penduduk kampung untuk mendengar keluhan dan rintihan berhubung masalah yang dihadapi mereka.

Linda juga memberitahu penduduk bahawa beliau akan memberi perhatian kepada pemintaan mereka untuk membinakan sebuah balai raya di kampung itu bagi tujuan antaranya mengadakan aktiviti-aktiviti keramaian penduduk kampung.

Sementara Ketua Wanita Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah yang turut turun padang untuk meninjau lebih dekat lagi akan  masalah penduduk berkata ini sudah menjadi tanggungjawab dan kewajiban pemimpin diperingkat bahagian turun padang agar mengetahui segala permasalahan rakyat yang dihadapi untuk diatasi.
Sambil itu Rahimah memuji Ahli Parlimen Batu Sapi Linda Tsen yang rajik dan kerap turun padang inilah pemimpin sebegini yang kita mahu kerana sentiasa prihatin dengan rakyat di kawasannya.

“Bagi saya tiada masalah kalau diajak untuk turun padang sama-sama Ahli Parlimen Batu Sapi atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong  ini memang sudah jadi tanggungjawab saya sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi turut bertanggungjawab dalam mengatasi semua masalah rakyat khususnya di kawasan Batu Sapi khasnya di Kawasan Sekong umumnya” jelas Rahimah



No comments:

Post a Comment