PERTANDINGAN KOMPANG PERINGKAT PARLIMEN ANJURAN PEMUDA UMNO BATU SAPI DAPAT SAMBUTAN....RAHIMAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: RAHIMAH ASRAH

BATU SAPI: Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah berpendapat  bahawa Pertandingan Kompang yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Batu Sapi ia merupakan satu usaha murni yang harus diteruskan untuk menerap nilai- nilai budaya memertabatkan permainan  kompang di kawasan Batu Sapi.

“Budaya main kompang  telah  diwarisi   sejak dizaman nenek moyang kita lagi dan merupakan seni budaya orang Melayu yang berusur keagamaan  Islam kerana para ahli-ahli kompang berpakaian ala Melayu khususnya baju Selangor bersongkok dan berkain samping” “Ujarnya.

 
“Saya selaku Ketua Wanita UMNO Batu Sapi menyokong usaha murni Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi kerana berjaya menganjurkan pertandingan Kompang Peringkat Parlimen  Batu Sapi di mana penyertaannya sungguh amat memberangsangkan  Syabas” Katanya.

Rahimah berkata menganjur pertandingan kompang ia menjurus  untuk memperkasakan dan memertabatkan tradisi permainan kompang  yang  dijadikan budaya bagi menerapkan aktiviti-aktiviti positif  kepada golongan belia khususnya di kawasan Batu Sapi.

Pertandingan Kompang Peringkat Parlimen  Batu Sapi ianya dirasmikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan Sekong Zantapha Zainal Abidin  yang   ADUN Sekong.

Pertandingan tersebut yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan telah disertai lima kumpulan kompang khas untuk parlimen Batu Sapi sahaja.


Johan disandang oleh Kumpulan kompang   Nur As Safwan  Taman Mawar, Naib Johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh kumpulan  Al Iman Karamunting dan kumpulan Nurushohbah Karamunting.















No comments:

Post a Comment