PELAKSANAAN GST MP BATU SAPI MINTA PIHAK KERAJAAN SENARAIKAN SEMULA HARGA BARANGAN





OLEh: AZMI AZMAN


SANDAKAN : Rancangan Malaysia Kesebelas ada kaitan rapat dengan cukai barang dan perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai GST  yang telah dilaksanakan sejak  April 1.

Adalah diharapkan sistem cukai yang diperkenalkan ini  mampu memberikan lebih hasil kepada pendapatan Negara, yang seterusnya boleh digunakan bagi menjana pembangunan serta memberikan faedah kepada rakyat, kata Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin dalam ucapan beliau ketika perbahasan di persidangan Parlimen kelmarin.

Melalui cukai barang dan perkhidmatan ini, amatlah diharapkan agar  transformasi dilaksanakan untuk memacu pembangunan negara dan pada masa yang sama terus mengutamakan kesejahteraan rakyat jelata, katanya. 

“Sehubungan dengan ini, institusi
sektor awam yang akan diselaraskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas untuk produktiviti dan prestasi yang lebih tinggi dan usaha memperkemas sumber termasuk tenaga kerja dan pembiayaan adalah dialu-alukan,” tambah Linda.

Menurut Linda, sejak GST dilaksanakan, daripada maklumbalas orang ramai dan pemerhatian saya tentang perlaksanaan GST ini, saya ingin memberi beberapa cadangan untuk menambah-baik perlaksanaan GST ini. Pertama: demi meringankan beban pengguna terakhir dan membiasakan para pembayar cukai GST, dicadangkan kadar GST dikurangkan. 

Ini sangat penting dalam masa genting sekarang di mana nilai ringgit telah menyusut, harga komoditi seperti minyak mentah, minyak sawit, getah dan lain-lain telah jatuh. Kedua, supaya adil kepada pekedai dan pembeli, saya mencadangkan semua kedai mempamerkan papan tanda besar yang menyatakan kedai berkenaan mengenakan GSTserta nombor pendaftaran di pintu masuk dan di kaunter juruwang, beliau berkata.

Ketiga, saya menyarankan senarai barang-barang dan perkhidmatan yang dikecualikan GST dikaji semula. Saya mencadangkan semua perkhidmatan dan barang-barang yang diperlukan oleh pesakit dikecualikan GST, katanya lagi.


“Barang-barang keperluan harian, terutamanya yang digunakan oleh golongan miskin, contohnya, alat tulis yang digunakan oleh murid-murid,  ikan sardine\ dalam tin, mi segera dan tepung susu patut juga dikecualikan GST,” kata Linda.


No comments:

Post a Comment