SEJAK KERAJAAN LAKASAKAN GST RAMAI SURI RUMAH FOBIA SEBAB HARGA BARANG KINI TERLALU MAHAL...DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKLAN:- Gara-gara kerajaan melaksanakan  Perkhidmatan Cukai Barangan (GST maka dengan itu harga barang-barang keperluan harian naik melambung tinggi ramai golongan wanita khususnya suri rumahyang meneaga keluarga rasa tertekan.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong berkata tindakan Kerajaan menaikkan harga barang, menyebabkan pasaran merosot dan keupayaan membeli lemah, ini juga merupakan kesan GST yang bermula sejak 1 April.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Sambutan Hari Ibubapa anjuran Wanita DAP Sandakan. Beliau membidas kerajaan BN tidak mempedulikan bantahan rakyat terhadap pelaksanaan GST.

Wong berkata, semasa kerajaan BN mencadangkan pelaksanaan GST 6%,  Pakatan Rakyat membantah, tetapi ahli parlimen BN ada yang tidak faham, dan ada yang faham tetapi menipu rakyat bahawa GST baik untuk rakyat.

Beliau bertambah, parti pembangkang membantah pelaksanaan GST di dalam persidangan parlimen, tetapi bilangan ahli parlimen parti pembangkang  tidak seramai BN, akhirnya cadangan GST diluluskan.

Kata beliau, yang paling lucu ialah sebelum pelaksanaan GST, pemimpin BN menyokong penuh terhadapnya, tetapi selepas pelaksanaan, pemimpin-pemimpin BN barulah sedar akan kesan GST yang menyebabkan harga barang melambung tinggi, dan menunjukkan GST tidak baik untuk rakyat, menerima rawatan di hospital swasta pun dikenakan GST.

Wong berkata, baru-baru ini terdapat sebuah kedai roti di Semanjung didakwa di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, kerana menaikkan harga dan untung 1 sen, lalu didenda 110 ribu ringgit, tetapi kenaikan harga oleh syarikat kroni kerajaan BN pula tidak diambil tindakan, ini menunjukkan kerajaan BN tidak adil.

Beliau berkata, baru-baru ini tarif air juga melambung tinggi, tarif minimum ialah RM4, sektor perniagaan minimum RM22.50, sektor perindustrian pula minimum RM70. Dulu kadar seunit ialah 90 sen, kini dinaikkan sehingga RM1.60. Dipercayai banyak barang juga akan dinaikkan harga selepas ini. Beliau ibaratkan “menyokong GST adalah seperti menyokong kerajaan BN membazirkan cukai yang dibayar rakyat”, contohnya RM42.1 billion pada 1MDB.  


Wong berkata, rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerajaan BN, serta penindasan terhadap Sabah, telah menimbul ketidakpuasan hati rakyat. Ramai pemimpin di Sabah bukan sahaja tidak membantu orang Sabah, malah berpihak kepada kerajaan BN, mengkhianati kepentingan dan hak rakyat, contohnya Dasar Kabotaj yang menyebabkan rakyat Sabah terpaksa menghadapi harga barang 30% hingga 40% lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung.

Beliau bertanya kepada kerajaan BN, mengapakah Sabah sahaja yang menghadapi harga barang tinggi? Kerajaan BN juga membenarkan pengutipan  caj penyambungan elektrik sebanyak RM3300 di Sabah, dimana Semenanjung hanya dikenakan RM250. Malangnya tiada seorang pemimpin BN di Sabah yang berani menyuarakan isu-isu ini bagi pihak rakyat.

Selain harga barang tinggi, tahap keselamatan Sabah juga bertambah bahaya, pengganas berani menculik orang di darat. Apakah pandangan kerajaan BN dan bagaimanakah kerajaan berhadapan dengan rakyat?  Pilihan raya umum bakal datang, diharapkan rakyat Sabah sedar apa yang perlu dilakukan, dan bersiap sedia seawal yang mungkin, menolak kerajaan yang tidak bertanggungjawab.

ULASAN KENYATAAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN DATUK HASSAN MALIK

Sebagai mengulas kenyataan menteri berkenaan banyak pembohongan daripada kebenaran kata beliau (Hasan Malik) GST menguntungkan semua rakyat di Negara ini kita tidak nampak di mana keuntungan sama rakyat sehingga sesetangah rakyat di Negara ini terutama sekali golongan miskin jadi fobia kerana tidak mempu menanggung keluarga yang ramai disebakan harga barangan terlalu mahal jika dibandingkan sebelum GST.

Berikut kenyataan Hassan  Malik
Rakyat mula sedar GST menguntungkan

May 20, 2015
Kesimpulan itu berdasarkan jumlah aduan kenaikkan harga barangan dan penipuan yang semakin menunjukkan penurunan
KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini sudah mula sedar bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap barangan tertentu tidak membebankan.
HASSAN MALIK GST BAIK UNTUK GOLONGAN MISKIN TEGAR

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hassan Maek berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan jumlah aduan kenaikkan harga barangan dan penipuan yang semakin menunjukkan penurunan.
“Saya lihat rekod kita menunjukkan aduan semakin menurun. Persepsi saya ialah rakyat sudah mula memahami bahawa GST ini sebenarnya bukan menyusahkan sesiapa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Buku ‘Coffee Table’ Hasan Malek ‘Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat’ di Gloria Jeans Coffee, Menara PNS, Bangsar South City pada Rabu.
Hasan berkata, penerimaan rakyat jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan cukai kepenggunaan iaitu GST sebenarnya menguntungkan rakyat.
“GST ini menguntungkan rakyat,” katanya.
Jelasnya, penilaian aduan yang dibuat pihak KPDNKK menerus pelbagai kaedah, seperti, easy adu, e-aduan, mykira, malalui telefon serta pusat anti percatutan.
“Semua kemudahan yang kita sediakan itu, mencatatkan penurunan, kamu semua boleh semak statistik di pejabat KPDNKK,” katanya. POSTED BY FREE MALAYSIA TODAY (FMT)


No comments:

Post a Comment