RAHIMAH ASRAH PEMIMPIN SERBA SERBI BOLEH NAMANYA SEMAKIN PENYERLAH DIPERSADA POLITIK TANAH AIR

DARI HATI KEHATI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
PERANAN Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi yang kini diterajui kepimpinan Rahimah Arsah semakin menyerlah banyak aktiviti-aktiviti  keagamaan  dan kemasyarakatan  dianjurkan dengan tujuan untuk dimenfaatkan disamping untuk jalinan mesra antara satu sama lain.

Inilah hakikat sebenar setelah Rahimah mengambil alih daripada Ketua Wanita UMNO  Batu Sapi pada 2013 banyak perubahan berlaku di mana kaum wanita khususunya ahli-ahli Wanita sama ada diperingkat Bahagian, cawangan hingga ke akar umbi terus mendapat perhatian dan serta pembelaan yang sewajarnya.

Berjiwa pemimpin orangnya peramah tidak seperti wanita-wanita UMNO lainnya suka membantu kepada orang-orang susah banyak idea sehingga wujudnya  Koperasi Wanita Berjaya Batu Sapi (KWBBS) yang telah mengeluarkan produk makanan ringan kini telah berada dalam pasaran.


RAHIMAH JIWA PEMIMPIN....Rajin turun padang dengan pemimpin atasan meninjau masalah rakyat itulah Rahimah sebenarnya

Nama Rahimah memang sudah tidak asing lagi dipersada politik tanah air semakin hari semakin menyerlah namanya apa lagi setiap aktiviti-aktivi yang dijalankan sering  tersebar luas dan mendapat  tempat dimedia alam maya seperti di portal Online The Borneo Sabah Insider.Net di Free Sandakan Today.Com dan di Sabahkini.Net termasuk media cetak.


Saya bukan hendak angkat kaki atau mengampu dengan Rahimah selama saya mengikuti perkembangan dan perjalanan politiknya 70 peratus aktiviti-aktiviti yang dianjurkan saya tolong buat cerita/berita untuk disiarkan diportal-portal online seperti yang saya nyatakan itu walaupun separuh menggunakan idea dan buah fikiran saya sendiri namun  dia (Rahimah) belum  pernah  dia komen bahawa berita yang saya buat daripada pengetahuannya tiba-tiba tersiar semuanya okey belaka tidak ada  bantahan, lagipun saya buat berita untuknya  yang terbaik tidak melanggar  etika kewartawanan.

Disini saya telah melihat seorang pemimpin Wanita UMNO Batu Sapi Rahimah mempunyai jiwa kesedarhaan suka berkongsi maklumat  inilah ciri-ciri begini para wartawan media sukakan seorang pemimpin seperti Rahimah tidak cerewet orangnya senang pada media buat kerjanya dalam melaporkan apa saja aktiviti-aktivitinya.

Selain Rahimah sebagai Ketua Wanita Bahagian Wanita UMNO Batu Sapi beliau juga selaku Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) P185 Batu Sapi Pengerusi Koperasi Wanita Berjaya Batu Sapi (KWBBS) adalah lagi jawatan yang disandangnya yang saya tak sempat huraikan.

Walaupun bertugas seorang pendidik (Guru) tapi Rahimah pandai membahagikan masanya kalau beliau hendak mengadakan apa saja aktiviti  Rahimah mencari masa yang sesuai seperti hari cuti umum hari Sabtu dan Ahad.

Sebelum saya menamatkan kisah serba sedikit perjalanan politik Ramimah  kalau dilihat dari kacamata kepimpinan Rahimah menerajui Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi kelihatannya macam tiada masalah boleh dikatakan 90 peratus wanita-wanita UMNO Batu sapi memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan Rahima berbanding  semasa Ketua bahagian Wanita UMNO Batu Sapi yang terdahulu kurang  mendapatan sambutan hingga timbulnya puak-puak ada team A team B  syukur Al Hamdulillah nampaknya setelah Rahimah memimpin Wanita UMNO Batu Sapi semuanya berjalan lancar tanpa ada sengketa dan perbalahan.

Hampir saya terlupa Rahimah disenangi oleh Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi yang juga ADUN Sekong iaitu Datuk Haji Samsudin Yahya dan disamping akur semua pemimpin termasuk Ketua  Pemuda Bahagian UMNO dan Puteri UMNO Batu Sapi.

Saya  selaku Pengarang Kanan  dan pihak editorial  serta  krew-krew The Borneo Sabah Insider.Net/ FST NEWS (Free Sandakan Today.com) melahirkan ucapan selamat maju jaya teruskan perjuanganmu demi membela bangsa, agama dan masyarakat sejajar dengan konsep Rakyat Didahulukan-Pencapaian Diutamakan..





No comments:

Post a Comment