MAJLIS SEPETANG BERSAMA CHIN SU PHIN PENYELARAS BN SANDAKAN PENUH MAKNA...KATA NORAINI

OLEH: SHAIMON S JUMADI

GAMBAR  sekitar ahli-ahli Wanita UMNO yang ketuai Noraini Sulung menghadiri majlis tersebut

 
SANDAKAN:- Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong menyifatkan  Majlis Sepetang Bersama Datuk Chin Su Phin Penyelaras Barisan Nasional (BN) P186 Sandakan yang dilangsungkan petang tadi di Medan Selera Restoran dekat sini menjurus untuk penyatuan bagi merapakan hubungan siratulrahim antara ahli-ahli komponen BN khususnya dikawasan Sandakan.

Program anjuran Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) itu mendapat sambutan luar biasa kerana semua kaum daripada parti-parti komponen BN yang lain turut menghadiri.

Kata Noraini majlis sepetang bersama Chin Su Phin itu  sebagai suntikan semangat kerjasama yang erat dikalangan ahli-ahli komponen BN yang merangkumi UMNO,PBS,UPKO LDP,Garakan dan PBRS, MIC dan MCA untuk menyusun jentera masing-masing sebagai persedian awal walaupun PRU14 masih jauh lagi.

“Saya bagi pihak Ahli-Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita  UMNO Bahagian Sandakan mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan bag menghadiri majlis itu yang penuh bermakna untuk dimemfaatkan” Ujar Noraini.



No comments:

Post a Comment