JAMES RATIB GESA KAUM BELIA LUAR BANDAR BERGIAT AKTIF DALAM APA JUGA BIDANG SUKAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI
  

- TERIMA KASIH ... James menerima sebuah cenderahati kenangan daripada pihak penganjur pada majlis tersebut



BELURAN: Golongan belia dan beliawanis khususnya di luar bandar perlu memanfaatkan masa muda dengan bergiat aktif melalui apa jua bidang sukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk James Ratib, berkata sukan adalah merupakan platform terbaik ke arah membentuk gaya hidup sihat sekali gus menjadikan seseorang yang berjiwa positif.


TENDANG JANGAN TAK TENDANG.....James cuba menendang bola sebagai tanda rasminya kejohanan bola sepak 9 sebelah anjuran SK Sualok ini


Katanya, sebagai aset terpenting pembangunan negara maka penekanan ini harus diberikan perhatian memandangkan mereka menjadi harapan untuk membawa cabaran sehingga ke peringkat lebih tinggi.

"Saya mahu golongan belia di kawasan Sugut ini tampil ke hadapan untuk menceburi apa jua bidang sukan yang mereka minat. Ini kerana, bersukan bukan sekadar menyihatkan tubuh badan di samping memberikan keyakinan diri.

"Tetapi juga, kalau anda berbakat dan boleh bermain dengan begitu baik maka sudah pasti negara akan memberikan perhatian terhadap bakat kamu.

"Jadi, jangan buang masa sebaliknya berusahalah untuk menjadi seorang pemain atau atlet harapan negeri dan juga negara.

"Saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah diatas penganjuran kejohanan bolasepak ini yang mendapat penyertaan ramai belia-belia," jelasnya.

James berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Datuk James Ratib anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Sualok 2015 di padang sekolah berkenaan, dekat sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ketua Umno Bahagian Beluran memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap pembangunan sukan di kawasan luar bandar Sugut.

Kata beliau, samada sekolah mahu pun kampung-kampung perlu ada kemudahan sukan yang membolehkan anak-anak muda memanfaatkannya sekali gus meningkatkan kemahiran  sukan yang diminati. 

Dalam perkembangan politik di negeri ini  ketika James Ratib yang ditanya oleh Wartawan Kanan The Borneo Sabah Insider, antara lain beliau menjelaskan  keadaan politik di negeri Sabah semua berjalan baik.

“Saya  berpendapat suasana perjalanan politik di Sabah yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) negeri memang cukup baik saya berani mengatakan kepimpinan Datuk Seri Musa Hj Aman telah mendapat sokongan padu yang tidak berbelah bagi terhadap bapa pembangunan Negeri Sabah itu” Ujar James Ratib.

Dari itu kata James Ratib “Saya selaku ketua Bahagian UMNO Beluran merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sugut dengan rasa rendah diri menyatakan dengan telus dan ikhlas saya dan semua ahli-ahli UMNO daripada Bahagian, cawangan Pemuda, Wanita, Puteri sehingga keakar umbi  UMNO Beluran  berikrar akan menyokong sepenuhnya  kepimpinan Datuk Seri Musa,  dan Dato Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk mentadbir negeri dan Negara Malaysia yang kita cintai”.









No comments:

Post a Comment