ZAKARIA RASMI PRGRAM KARNIVAL KESIHATAN DAN GAYA HIDUP SIHAT ANJURAN JABATAN KESIHATAN

OLEH LEE KON CHOI
SHAIMON S JUMADI


GAMBAR MENUNJUKKAN….Zakaria (tengah) menerima cenderakenangan dari pihak penganjur

 

GUM-GUM:- Rakyat di negara sangat bertuah kerana bukan sahaja mereka berada di sebuah negeri dan negara yang aman tetapi sentiasa didampingi oleh mereka yang sangat prihatin terhadap kesihatan rakyat.

Kerajaan menerusi Jabatan Kesihatan bukan sahaja mendapat kemudahan kesihatan di kawasan berdekatan tetapi juga diberikan perkhidmatan secara percuma, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata semasa merasmikan Karnival Kesihatan dan Gaya Hidup Sihat di sini kelmarin.

“Jabatan kesihatan sentiasa memastikan taraf kesihatan masyarakat terjamin dan bebas dari penyakit samada melalui perkhidmatan pencegahan atau perkhidmatan pemulihan kesihatan,” tambah beliau.

Menurut Zakaria , program seperti “Karnival Kesihatan dan Gaya Hidup Sihat” bukan sahaja dapat mengeratkan kerjasama masyarakat dengan anggota kesihatan, pihak penganjur telah mengadakan beberapa acara sukaneka bagi menarik minat para peserta serta penduduk di sekitar taman-taman perumahan.

“Tujuan akitviti sebegini adalah untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, pendidikan kesihatan kepada penduduk iaitu “ defaulter tracing” bagi kanak-kanak dan menjalankan pemeriksaan khas untuk golongan kaum hawa,” kata Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

Dalam konteks memperkasakan masyarakat dalam penghayatan konsep penjagaan sendiri kesihatan melalui amalam gaya hidup sihat dan aktif, sudah tentu Jabatan Kesihatan sudah mengariskan beberapa langkah kearah pembangunan kesihatan masyarakat, tambahnya lagi.

Program anjuran  bersama Rukun Tetangga Taman Kenari, Taman Merpati dan Taman Rajawali itu telah diadakan di gelanggang sepaktakraw Taman Kenari di Batu 7 Jalan Airport.




No comments:

Post a Comment