KENYATAAN MUFTI PAHANG KAFIR-HARBI UNDANG MALAPETAKA (BAHAYA)


Tuesday July 05/2016


OLEH: KAMARUDIN ZAMAN (KL)
www. Sabahinsider14.blogspot.com

(Nota: MCA-MIC dan Gerakan menentang kuwujudan hukum Hudud kenapa mereka tidak dakwa sebagai Kafir Harbi DAP pula kena hukum)

KEJAHILAN dan Kebatilan Mufti Pahang Datuk Abd Rahman Osman tidak berlaku adil berat sebelah MCA-Gerakan dan MIC turut menentang hudud mengapa yang jadi sasaran utama DAP dihukum

 
Saya ingin menarik perhatian semua pihak kepada berita yang dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan portal sesawangnya Utusan Online bertarikh 24 Jun 2016 bertajuk "DAP tergolong kafir harbi yang wajar ditentang termasuk orang-orang Islam yang menyokong perjuangan DAP mereka juga tergolongan kafir harbi”

Saya berpendapat bahawa kenyataan Mufti Pahang adalah pra-matang dari aspek mencermati perbahasan para ilmuan Islam tatkala mendefinisikan istilah 'kafir harbi' dalam konteks sistem politik moden hari ini” Kata Shiek Omar Ali dalam satu kenyataan hari ini.

“Di Malaysia, kenyataan Mufti Pahang amat berbahaya khususnya dalam konteks masyarakat majmuk dan prinsip demokrasi yang diamalkan di negara kita.

Mengeluarkan hukum bahawa DAP adalah kafir harbi merupakan suatu tuduhan amat berat yang implikasinya boleh menyebabkan pertumpahan darah, kacau bilau dan menggugat ketenteraman awam serta negara.
Kenyataan beliau yang menggolongkan DAP sebagai kafir harbi juga boleh membawa maksud darah seluruh ahli DAP adalah halal termasuk darah kami ahli DAP yang beragama Islam. 

Tidakkah kenyataan ini mengancam keselamatan negara dan saling tak tumpah 'ala IS' bunyinya ?
 
Bagaimana jika sebentar lagi ada mana-mana orang yang terjumpa mana-mana ahli DAP dan membunuh mereka kerana mengikut hukum yang dikeluarkan oleh Mufti Pahang ini?

Mufti Pahang dilaporkan berkata "Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama de¬ngan mereka."

Kami amat kecewa kerana Mufti Pahang turut gagal mengemukakan fakta terperinci dan bukti kukuh untuk dijadikan hujah yang boleh disandarkan keatas tuduhan berat 'kafir harbi' tersebut.

Bahkan kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah beliau gagal menekuni fiqh muassirah (fekah semasa) yang giat diperbahaskan ulama' dan para sarjana lewat hari ini seperti Dr Yusuf Al-Qardhowi dan sebagainya!

Apa bukti DAP menentang Islam? Di mana bukti DAP membenci Islam? Menyandarkan hujah DAP tidak bersetuju dengan Rang Undang-Undang Persendirian Ahli Parlimen Marang sebagai menentang dan membenci Islam adalah hujah yang amat lemah.

Beliau harus sedar bahawa beberapa pemimpin negara beragama Islam yang bertaraf Menteri juga turut tidak terlepas daripada mengkritik bahkan bercanggah pendapat dalam isu perlaksanaan hudud serta RUU Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang.

Bagaimanakah seorang mufti kerajaan negeri boleh mengeluarkan kenyataan yang cukup lemah seakan-akan berasaskan emosi atau didorong sentimen politik kebencian semata-mata?

 
Saya sebagai Muslim yang menganggotai DAP amat berasa malu dengan kenyataan naif Mufti Negeri Pahang tersebut. Ia tidak menggambarkan ilmu dan akhlak Islam malah menjatuhkan imej Islam sebagai agama yang mudah melabel tanpa fakta dan bukti.

Saya ingin bertanya Mufti Pahang, adakah beliau melakukan rujukan dengan mana-mana pihak lain seperti Majlis Fatwa Kebangsaan misalnya sebelum melabelkan DAP sebagai kafir harbi? Jika tiada, sebegitu mudahkah hukum seberat meng'kafir harbi'kan orang dikeluarkan? Lekeh benarkah institusi agama kita?


Di kesempatan ini, saya ingin melayangkan soalan dari Mufti Pahang berhubung pendirian beliau terhadap beberapa keadaan
seperti berikut;

1- Kerajaan Negeri Selangor yang dibentuk oleh parti-parti Pakatan Rakyat iaitu Pas, PKR dan DAP pasca PRU 2008 dan diperkenan oleh Sultan Selangor. Jika DAP kafir harbi, apakah pendirian beliau terhadap kerajaan Selangor yang diterajui pakatan Pas PKR dan DAP?

2- Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Barisan Nasional. 
Dalam isu hudud sepertimana dipetik oleh Mufti Pahang sendiri yang meng'kafir harbi'kan DAP, apakah pendirian beliau terhadap UMNO yang lebih 50 tahun memerintah negara tanpa melaksanakan hudud bahkan bersekutu dengan MCA yang cukup keras menentang hudud?

Dalam masa sama, saya sebagai ahli DAP beragama Islam menjemput Mufti Pahang atau memohon beliau sendiri untuk mengadakan pertemuan mahabbah dengan pihak DAP agar penjelasan lebih jelas dan tepat diperolehi. Dialog adalah antara jalan bagi menutup pintu-pintu yang mendorong kepada pendekatan ekstrem.

Saya juga berharap agar pihak berwajib yang memiliki perkaitan dalam hal ini sentiasa memainkan peranan memandu para agamawan agar lebih berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataaan mahupun fatwa untuk membendung kemungkinan-kemungkinan yang boleh memudharatkan rakyat dan negara.

Katanya Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar kononnya pihak PDRM sudah membuka kertas siasatan untuk menyiasat Mufti Pahang berkaitan dengan kenyataannya Kafir Harbi ia merupakan kenyataan berbaur hasutan boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 .


No comments:

Post a Comment