The Sabah Insider Online.....SIAPA YANG MENIRU SIAPA SEBENARNYA?



OLEH: ISMAULY BUNGSU
Jumaat November 04/2016

TERINGAT masa Jepun serang tanah Melayu/Asia, Jepun katakan "Asia Untuk Asia" dan kemudian tahun-tahun  60an muncul slogan "Malaysian Malaysia" dan di Sabah muncul pula " Sabah for Sabahan"

Kenyataan itu memang menjadi permainan/bualan anak-anak Sabah dan slogan itu tidak bermakna benci orang semananjung, sebalik kerana Sabahan tidak suka cara BN tadbir Malaysia jelas ketidakadilannya dan berat sebelah sedang Sabah terkaya, rakyat termiskin dan pemimpin bermewah-mewah.

Kenapa Dr Maximus P Ongkili  seolah rasa tidak senang atau apakah tersindir yang Dr. Max asal Tambunan dan kemudian bertanding di Kota Marudu dan Kota Marudu jauh sangat tertinggal di belakang dan banyak sangat miskin tegar?

Ah, sepatut yang harus jadi wakil rakyat Kota Marudu mestilah orang Kota Marudu dan Dr. Max harusnya kembali saja ke Tambunan dan itu sesuai dengan slogan Sabah For Sabahan atau Tambunan untuk orang Tambunan. Bukan begitukah? mungkin sebab orang Kota Marudu belum ada yang bijak.

Sebenar slogan "Sabah for Sabahan" itu merupakan slogan yang menjadi perjuangan USA di mana Dr Jefrey ada di sana yang juga orang kuat PBS dulu/adik kepada mantan Presiden PBS. Mana mungkin Dr. Max lupa itu atau pura2 lupa.

Memang kalau tidak silap Shafie  ada menyebut "Sabah for Sabahan" sekadar menyebut ikut sebutan anak-anak Sabah tetapi itu tidak bermakna itulah slogan WARISAN. Jadi, soal meniru tidak berbangkit.

DSSA menyebut banyak slogan termasuklah SabahUbah dan banyak lagi dan ketika WARISAN diumum dan Shafie  presidennya/setakat ini belum adapun slogan secara rasmi diucapkan dan yang hanya hanyalah permainan kata-kata  anak-anak Sabah.
Sebenarnya DS Shafie pernah menyebut

SABAHANS FOR SABAH dan itu pernah saya nyatakan dan huraikan maksudnya dua bulan lalu. Meski semacam sama dengan "Sabah For Sabahan" tetapi ada beda sedikit.

DS Shafie tidak pernah menyatakan Sabah hak orang Sabah mutlak dan orang luar tidak boleh dan itu tidak benar dan dalam perbincangan dan selalu ia ucapkan yang ia tidak pernah rasa tidak senang orang Semananjung dan yang ia mahukan bumi Sabah ini milik Allah dan semua boleh datang mencari makan asal mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Yang dimaksudkan oleh DS Shafie sebenarnya ialah kekayaan Sabah itu haruslah diutamakan untuk membangunkan Sabah dan bukan untuk dikaut oleh orang lain. Kata Tun Mustapha " kalau ada lebih makan sikit, bagilah orang yang belum makan"

" Kita kaya sumber Alam seperti gas/minyak, sawit, balak tetapi kekayaan itu mengalir ke luar dan Sabahan hidup dalam kemiskinan dan inilah yang harus kita bangkit demi Sabahan" Kata DS Shafie dan kenyataan itu selalu ia ulang-ulangkan.

Soal WARISAN meniru itu tidak timbul dan slogan tidaklah penting sangat tetapi yang harus diutamakan sekarang ialah pejuangan untuk rakyat Sabah dan rakyat Sabah harus diutamakan.

Memang benarlah PBS dalam kerajaan dan berjuang untuk Sabah tetapi apakah perjuangan itu setelah bertahun-tahun  beroleh kejayaan dan bagaimana kedudukan kaum Kadazan Dusun sendiri?

Datu Joseph k Pairin  Kitingan yang diamanahkan untuk memantau dan diamanahkan urus PTI/RCI tetapi apa saja yang dapat Pairin lakukan dan kenapa mendiamkan diri? Apa tindakan lanjut kesan laporan RCI itu? Sepatut yang berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Warisan saya perhatikan tidak pernah membantah slogan yang USA angkat iaitu "Sabah for Sabahan" sebab USA ada sebab-sebab tertentu melaungkan slogan itu dan itu hak rakyat Sabah untuk berusaha tetapi slogan itu tidak bermakna membenci orang luar yang datang ke Sabah dan yang dibangkit utamakan ialah soal agihan kekayaan dan ekonomi Sabah dan itu diutamakan.

Barangkali Dr. Max ini agak tergugat sebab dia sendiri asal Tambunan dan bertanding di Kota Marudu dan sama juga dengan Rahman Dahlan asal Tuaran tanding di Kota Belud.

Apakah tiada yang asal Kota Marudu untuk menggantikan Dr. Max atau tiada orang Kota Belud menggantikan Rahman Dahlan sebagai MP Kota Belud. Jawaban saya mudah di kedua daerah berkenaan belum layak duduki kerusi MP. Benar?

"Sabah for Sabahan" kelihatannya menakutkan kedua MP itu dan itu sebab Dr. Max meroyan tanpa kaji untuk maksud membodoh2kan rakyat dan kemudian usaha mempengaruhi rakyat.

Setakat ini DS Shafie Apdal asal Semporna dan dia bertanding di Semporna dan tidak pula bertanding di Kota Marudu atau Tambunan dan tidak mungkin DS membenci tak suka orang Semananjung Malaysia kala isterinya sendiri orang sebelah sana.

Memang lucu tetapi menarik hati komen seorang doktor yang bernama Dr. Max. Tahiahlah!