AZMIN ALI BANTAH CADANGAN NOOR FARIDAH MINTA JAKIM MANSUHKAN HUKUMAN ZINA-KHALWAT DI KALANGAN UMAT ISLAM

Tuesday December 08.2015

OLEH: ZAINUDDIN ABDUL GHANI

SHAH ALAM 7 Dis. – Pembangkang turut membantah cadangan kumpulan bekas penjawat awam, G25 agar sebuah jawatankuasa perunding ditubuhkan bagi membincangkan hasrat untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

MOHAMED AZMIN ALI
Kerajaan  PAKATAN HARAPAN  Selangor menyifatkan peruntukan di bawah undang-undang syariah termasuk hukuman khalwat sudah cukup untuk membendung masalah sosial dalam kalangan umat Islam termasuk di negeri ini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, mana-mana pihak yang mahu meminda atau memansuhkan undang-undang syariah termasuk berkaitan kes khalwat perlu mengemukakan hujah mereka dengan konkrit mengenai perkara itu.

Menurutnya, perkara itu merupakan satu kemestian memandangkan undang-undang syariah sedia ada sudah cukup untuk dilaksanakan.

"Saya tidak tahu apa tujuan mereka (pihak yang mahu meminda dan mansuhkan undang-undang syariah) sarankan begitu. Peruntukan yang sedia ada telah cukup tangani masalah sosial khususnya umat Islam.

"Namun, jika ada permintaan untuk menyemak semula undang-undang syariah itu, kita kena lihat apa hujah daripada pihak yang mahu perkara itu dilakukan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kakitangan awam negeri di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat kumpulan bekas penjawat awam, G25 yang mahu penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.
Antara yang dicadang untuk dimansuhkan ialah hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Menurut Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin, dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan, kumpulan itu menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.


Sementara itu, di Kuala Terengganu, Pas Terengganu menyelar kumpulan G25 sambil menegaskan bahawa kumpulan itu tidak berhak menyentuh soal undang-undang syariah termasuk cadangan memansuhkan hukuman khalwat.
Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, sebaliknya, kumpulan terbabit perlu menghormati serta `meraikan’ undang-undang syariah dan segala peraturan yang termaktub termasuk di bawah bidang kuasa setiap kerajaan negeri.
Malah, kata beliau, G25 tidak sewajarnya mengaitkan soal perundangan Islam termasuk hukuman khalwat dengan Perlembagaan kerana tindakan itu boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

“Undang-undang syariah termasuk hukuman khalwat –zina adalah sebahagian daripada peraturan ditetapkan. Jadi, mereka (G25) kenalah hormati dan raikannya. Mereka jangan sentuh atau campuri urusan ini.

“Siapa mereka hendak mempersoalkan berhubung hukum-hakam Islam?,”soalnya.

‘ Saya juga amat kecewa kenyataan Noor Faridah yang dia sendiri terlibat dalam melakukan seks (zina0 semasa mudanya dan kini yang tabiat buruk itu jatuh kepada anak-anak perempuannya yang suka berzina rambang apa kah Faridah tidak menyedari akan perbuatannya yang bertentangan ajaran dan akidah Islam” kata Azmin Ali.


No comments:

Post a Comment