PRESIDEN MPS TERIMA KUNJUNGAN KEHORMAT KAPITAN CINA JAMES LEONG


Sunday December 27.2015


OLEH: LAI KIM YUN

SANDAKAN:  Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk James Wong telah menerima kunjungan kehormat Ketua Masyarakat Cina (Kapitan) kawasan Elopura James Leong (梁駿健) di pejabatnya di Wisma Perbandaran baru-baru ini.
 
Beliau mengucapkan tahniah kepada James Leong(梁駿健)  atas perlantikkan beliau sebagai Kapitan kawasan Elopura oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah pada bulan Mac lepas.
 
Kedua-dua pihak turut berbincang mengenai isu-isu yang dihadapi penduduk-penduduk di kawasan Elopura ketika pertemuan tersebut.
 
Datuk James Wong juga mengalukan-alukan kerjasama daripada Kapitan James Leong(梁駿健) demi kebaikan masyarakat setempat di kawasan Elopura.
 
James Leong(梁駿健), 50, merupakan seorang wartawan kanan dan juga memegang jawatan Timbalan Pengerusi Persatuan Media Massa Sandakan, Sabah serta Naib Commodore Kelab Layar Sandakan (SYC)
 
Menurut James Leong(梁駿健), perlantikkan beliau sebagai Kapitan memberi peluang kepada beliau berkhidmat untuk masyarakat, menyumbang tenaga dalam menjayakan program-program pembangunan Kerajaan.
 
Kapitan bertindak sebagai  penghubung antara Kerajaan, wakil rakyat, jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan dengan masyarakat. Segala permasalahan yang dihadapi rakyat akan diajukan kepada Pejabat Ahli Dewan Undangan Nebegri (ADUN) Elopura Datuk Au Kam Wah serta pihak-pihak berkenaan untuk tindak lanjut, kata James Leong (梁駿健).
 
Kapitan juga berperanan untuk menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat berhubung agenda pembangunan dan dasar Kerajaan yang sememangnya dirancang serta dilaksanakan untuk kesejahteraan dan kepentingan rakyat jelata, tambah James Leong (梁駿健)
 
James Leong(梁駿健) memberitahu bahawa beliau akan terus  bekerjasama dengan Datuk Au dan pegawai-pegawai beliau khususnya Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Chan Tzun Hei untuk mencari penyelesaian mengatasi masalah-masalah dihadapi masyarakat kawasan Elopura.
 
 
TAMATSANDAKAN:  Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk James Wong telah menerima kunjungan kehormat Ketua Masyarakat Cina (Kapitan) kawasan Elopura James Leong (梁駿健) di pejabatnya di Wisma Perbandaran baru-baru ini.
 
Beliau mengucapkan tahniah kepada James Leong(梁駿健)  atas perlantikkan beliau sebagai Kapitan kawasan Elopura oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah pada bulan Mac lepas.
 
Kedua-dua pihak turut berbincang mengenai isu-isu yang dihadapi penduduk-penduduk di kawasan Elopura ketika pertemuan tersebut.
 
Datuk James Wong juga mengalukan-alukan kerjasama daripada Kapitan James Leong(梁駿健) demi kebaikan masyarakat setempat di kawasan Elopura.
 
James Leong(梁駿健), 50, merupakan seorang wartawan kanan dan juga memegang jawatan Timbalan Pengerusi Persatuan Media Massa Sandakan, Sabah serta Naib Commodore Kelab Layar Sandakan (SYC)
 
Menurut James Leong(梁駿健), perlantikkan beliau sebagai Kapitan memberi peluang kepada beliau berkhidmat untuk masyarakat, menyumbang tenaga dalam menjayakan program-program pembangunan Kerajaan.
 
Kapitan bertindak sebagai  penghubung antara Kerajaan, wakil rakyat, jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan dengan masyarakat. Segala permasalahan yang dihadapi rakyat akan diajukan kepada Pejabat Ahli Dewan Undangan Nebegri (ADUN) Elopura Datuk Au Kam Wah serta pihak-pihak berkenaan untuk tindak lanjut, kata James Leong (梁駿健).
 
Kapitan juga berperanan untuk menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat berhubung agenda pembangunan dan dasar Kerajaan yang sememangnya dirancang serta dilaksanakan untuk kesejahteraan dan kepentingan rakyat jelata, tambah James Leong (梁駿健)
 
James Leong(梁駿健) memberitahu bahawa beliau akan terus  bekerjasama dengan Datuk Au dan pegawai-pegawai beliau khususnya Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Chan Tzun Hei untuk mencari penyelesaian mengatasi masalah-masalah dihadapi masyarakat kawasan Elopura.
 
 

No comments:

Post a Comment