200 PELAJAR DAN 28 BUAH SEKOLAH RENDAH TERIMA BANTUAN DARI MP BATU SAPI.....LINDA TSEN

Friday December 11.2015




GAMBAR KELIHATAN…..Linda (tengah, barisan belakang) bersama para pegawai serta pelajar di Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan berkenaan

OLEH: AZMIE AZMAN

BATU SAPI:-  Seramai 200 pelajar dari 28 buah sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Batu Sapi telah menerima bantuan kewangan sempena program “Back to School” tajaan BNBBC dan GLC Axiata baru-baru ini.

Majlis penyerahan bantuan persekolahan yang diadakan di dewan SK Karamunting telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Para penerima terdiri daripada pelajar yang kurang kemampuan dari 22 buah sekolah rendah dan enam buah sekolah menengah di kawasan Parlimen Batu Sapi.

Linda berharap bantuan tersebut dapat membantu meringankan beban keluarga pelajar yang membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka untuk penggal baharu bulan Januari depan.

Turut hadir cikgu-cikgu dan wakil dari sekolah berkenaan, para pegawai SK Karamunting serta Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.









No comments:

Post a Comment