BERANI BERDEPAN PELBAGAI CABARAN KUNCI KEJAYAAN....KATA NORNAI

Monday December  28.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI
(sabahinsider14.blogspot.com)

LAWAT..... Noraini lawatan gerai IKSNITA

SANDAKAN:- Apa saja bidang jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh berani bedepan pelabagai risiko dan cabaran itu adalah kunci kejayaan seseorang untuk menggapai cita-cita yang dikejar selama ini.

Justeru itu penglibatkan kaum bumiputera dalam bidang dunia perniagaan sama ada secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan yang disebut sebagai penjaja ia merupakan satu usaha murni  untuk menjana pendapatan bagi menampung kehidupan sekeluara memang digalakan oleh kerajaan.

Noraini Sulong Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang juga selaku Pengerusi Koperasi Usahawan Wanita Jaya Daerah Sandakan telah mengadakan lawatan di gerai IKSNITA P.186 Sandakan yang diadakan di pusat Bandar ini padi tadi.

Tujuan Noraini membuat lawatan mengejut itu adalah untuk meninjau lebih dekat lagi pengelibatan ahli-ahli Koperasi Usahawan Wanita Jaya Sandakan dalam menceburi diri dalam lapangan perniagaan.

Katanya kerajaan pada hari ini sentiasa menitikberatkan kaum bumiputera untuk melibatkan pernigaan pelbagai bantuan disalurkan kepada para penjaja yang ingin membesarkan perniagaan mereka ataupun baru memulakan meniaga.


No comments:

Post a Comment