BUANG SAMPAH KEDALAM LAUT SUDAH JADI BUDAYA PENDUDUK TINGGAL DIPERUMAHAN ATAS AIR

Monday December 14.2015

CORETAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
FOTO: BRYAN CHANG SHAK HUNG

 




SUKA membuang sampah sarap ke dalam laut memang sudah jadi budaya terhadap  penduduk yang  tinggal dan berumah di atas  air sama ada di perkampungan rasmi ataupun perkampungan setinggan haram.

Sebenarnya mereka bukan tidak tahu atau tidak  mengerti apa itu  sivik mereka faham akan tetapi sudah sebati di jiwa murni dan naluri mereka dan sebahagian  jadi budaya mereka suka membuang sampah sambil melempar saja dari tingkap rumah kerana mahu ambil enteng saja.

Jadi hasil kerja mereka yang tidak bertanggungjawab itu suka membaling saja sampah sarap yang mengandungi beg-begi plastik maka bertaburan dipermukaan air bila laut sudah dipenuhi oleh timbunan beg-beg plastic lantas laut jadi kotor maka  sampah sarap itu tadi terdampar  di persisiran pantai.

Coba anda lihat sendiri dalam gambar ini sampah sarap terdampar di bawah rumah ini Jambatan lorong 8 Kampung  Berhala Darat Sim-Sim  dekat sini.

Dalam perkara ini kita tidak boleh menyalahkan bulat-bulat terhadap penduduk Kampung Sim_Sim yang melakukan pembuangan sampah sarap itu mungkin perbuatan orang lain jadi dibawa arus air pasang lantaran sampah-sampah itu terdampar berhampiran rumah-rumah mereka.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sim-Sim yang telah menerima elaun bulanan daripada kerajaaan sebanyak RM600.00  mereka harus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Wakil Rakyat khususnya pihak kerajaan dalam melaksanakan tugas-tugas untuk menjaga kebajikan penduduk.

Bukankah fungsi JKKK sebagai telinga dan mata  kerajaan “Tugas Utama Menyalurkan  Segala Maklumat dan Dasar-Dasar Kerajaan Kepada Rakyat diamping itu Menyampaikan Hasrat dan Kehendak Rakyat Kepada Kerajaan”  sendainya pengerusi JKKK/JKDB faham sebenar akan tugas dan tanggungjawab mereka dalam merealisasikan dan melaksanakan tugas-tugas mereka yang diamanahkan itu sudah tentu tiada sebarang masalah timbul yang dihadapi oleh penduduk setempat.

Contohnya pihak JKKK-JKDB mengadakan gotong-royong setiap kawasan perumahan  taman dan kawasan perkampungan untuk membersihkan kawasan sekeliling rumah sudah tentu tiada malapetaka dan bala yang datang menimpa kawasan perumahan dan kampung mereka.

Bila kawasan perumahan/kampung bersih sudah tentu tiada wabak demam denggi melanda dan menyerang penduduk sebab terjamin sudah kebersihannya.


Kes wabak demam denggi di Sandakan telah mencatat rekod tertinggi sebanyak 260 kes yang membabitkan kawasan perkampungan Batu Sapi, Batu 5 Jalan Labuk, Taman Mawar, Bandar Nam Tung Tanah Merah Jalan Leila  dan Batu 7 Jalan Airport.

Daripada jumlah kes 260 orang menjadi mangsa keadaan 40 peratus mereka telah mati kerana tidak dapat diselamatkan demam denggi yang menyerang mereka terlalu berbahaya.




No comments:

Post a Comment