MASYARAKAT SABAH 32 ETNIK PERBEZAAN AGAMA MASIH BOLEH BERSATU

SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI (sabahinsider14.blogspot.com)

TERDAPAT  perbezaan  pendapat dan pandangan  yang lebih jauh rakyat antara Sabah dan Semenanjung dalam kontek mengharungi pergaulan hidup seharian dengan kaum-kaum lain yang berlainan pegengan agama.

Sabah walaupun mempunyai 32 suku kaum etnik yang berlainan  agama adat resam dan budaya yang berbeza-beza tetapi mereka boleh bersatu untuk menjalinkan hubungan siratulrahim antara satu sama lain.

Kewujudan dan keharmonian yang jitu bukan saja factor kahwin campur antara suku-suku Kadazan-Murut-Dusun dan Cina dengan Melayu-Bumiputera Islam yang menjadikan ramai di kalangan mereka mendapat keluarga yang bukan seagama kerana percaturan perkahwinan itu sehingga si perempuan dan lelaki  memeluk Islam.

Akan tetapi ramai juga  suku kaum Kadazan-Murut dan Dusun bukan berdasarkan perkahwinan mereka telah memeluk  Islam dengan rela hati  tanpa apa-apa niat dihati.
Sebagai contoh yang terdekat kaum Dusun di Ranau-Kundasang Murut di Keningau paling ramai mereka telah memeluk Islam bukan berdasarkan percaturan perkahwinan tetapi berdasarkan kepercayaan agama Islam itu sendiri.

Apabila mereka sudah memeluk Islam sebagai saudara baru atau Mualaf mereka terpaksa meninggalkan keluarga masing-masing tetapi ini bermakna mereka bukan tidak boleh berhubung dengan satu antara lain kata orang Air Dicincang Tak Kan Putus begitu juga tali persaudara mereka walaupun mereka sudah berlainan dalam pegangan agama masih terjalin seperti biasa.

Sebagai kesimpulannya bila muncul dan menjelangnya sambutan perayaan-perayaan seperti Krismas dan Tahun Baru Cina,  si saudara baru tadi bila ibubapa atau keluarga mereka menyambut perayaan krismas dan Tahun Baru Cina mereka boleh kunjung mengunjungi rumah-rumah keluarga mereka.

Itulah kebaguskan di Sabah antara penganut Kristian dan Islam masih boleh duduk semeja makan minum di restoran-restoran tertentu tiada timbul prasangka buruk antara satu sama lain.

Berbeza  dengan ada budaya orang-orang Melayu 70  peratus mereka ekstrimis dan penatik suka cara pasal hina agama-agama lain seperti PERKASA pimpinan Datuk Ibrahim Ali NGO paling anti dengan Kristian anti Cina dan anti India.

Begitu juga NGO ISMA serupa juga  anti agama Kristian suka menimbulkan ketegangan kerana suka memaki hamun  cina dan india sehingga menyebabkan segelintir Cina dan India terasa terguris hati mereka lantaran membencikan orang Melayu.


PERKASA tergamak membakar gereja dan membakar bible yang menggunakan perkataan Alah tetapi perbuatan keji mereka tiada siapa yang melarang sehingga pihak polis tutup mata tidak mengambil sebarang tindakan terhadap perbuatan  jahil mereka yang boleh mencetuskan hura hara dalam Negara.

No comments:

Post a Comment