KEROSAKAN JALAN DITENGAH-TENGAH PEKAN TAMPARULI PERLU DIBAIK PULIH SEGERA


Saturday December 12.2015

OLEH: THOMAS SINGGIUK
FOTO: DATO DR MOHD IWAN TEO

TAMRULI:- Kerosakan jalan  di tengah-tengah pekan Tamparuli yang berlubang-lubang di sana sini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna setempat yang lalu lalang menggunakan jalan tersebut.

Seorang penduduk pecan Tamparuli yang namanya enggan disebut memberitahu bahawa kerosakan jalan tersebut sudahpun dimaklumkan kepada Majlis Daerah Tamparuli tetapi sehingga kini belum ada apa-apa tindakan diambil.

“Saya harap bila tersiarnya berita ini dimedia portal The Sabah Insider Wakil Rakyat Tamparuli Datuk Wilfried Madius Tangau akan mengambil tindakan dan mengarahkan pihak-pihak tertentu untuk membaik pulih dengan seberapa segera yang boleh” tegas penduduk itu lagi.



No comments:

Post a Comment