PAS RUGI BESAR TERIMA KERJASAMA DENGAN PERKASA BAKAL HILANG UNDI PRU14

OLEH: SHAIMON S JUMADI



BILA mana  Parti Islam Semalaysia (PAS) menerima PERKASA untuk  kerjasama atau lebih jelas bergabung  bagi  menguatkan akidah ummah Islamiah di negara ini  sedikitpun tidak memeranjatkan  mana-mana parti  politik sama ada parti komponen Barisan Nasional (BN) mahupun parti-parti pembangkang di Negara ini.

Tidak kah terperfikir sebelum PAS mahu bekerjasama dengan  PERKASA bukan kah mendatangkan risiko atau bala kepada PAS kenapa ahli-ahli PAS begitu mudah menerima PERKASA sebagai rakan perjuangan dalam Islam.

Setelah PAS menolak kerjasama antara DAP dan PKR  sebagai barisan PAKATAN RAKYAT  dalam membetunkan kerajaan campuran  sama ada di Negeri Selangur mahupun Pulau Pinang PAS telah hilang arah dan tujuan serta matlamat perjuangannya dan akhirnya menerima kerjasama dengan PERKASA sebuah badan NGO yang 80 peratus ditolak mentah-mentah oleh bangsa Melayu kerana  berjuangannya terlalu ekstrimis  suka menghina agama dan bangsa lain di Negara ini PERKARA  paling dia benci para penganut agama Kristian, Buddha dan Hindu

Ini jelas PAS setelah menerima pelawaan kerjasama dengan PERKASA dengan sendirinya PAS menempa maut  mengurangkan sokongan padu khususnya dari pengundi Islam dan Melayu sendiri

Boleh kah PAS dan PERKASA mencapai wawasan untuk memenui kerusi sebanyak 112  parlimen atau kurang daripada itu diseluruh Negara marilah ikuti ulasan lanjut mengena PAS-PERKASA

PAS Bakal Hilang Pengundi Jika Bentuk Kerjasama Dengan PERKASA


NUKILAN ISKANDAR-SAMAD

PAS  rugi enggan kerjasama dengan Perkasa [fmt]- Keengganan Pas menjalin sebarang bentuk kerjasama dengan Perkasa bakal merugikan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad bahawa Pas enggan bekerjasama kerana Perkasa membawa sentimen perkauman telah menyinggung perasan pengundi Melayu.

Katanya, kenyataan Iskandar itu bakal memberi kesan kepada Pas apabila pengundi Melayu tidak menyokong parti itu pada pilihan raya akan datang. Ini kerana, katanya, ahli-ahli Perkasa bebas memilh mana-mana calon sama ada parti kerajaan atau pembangkang pada pilihan raya.

“Iskandar adalah pemimpin sebuah parti di Selangor.
Parti ini sepatutnya menjaga perasaaan orang lain terutamanya perasaan pengundi kerana Pas akan bertanding dalam pilihan raya.
“Kenyataan dia (Iskandar) yang menyatakan bahawa Perkasa membawa sentimen perkauman menunjukkan sebenarnya dia tak pernah mendampingi Perkasa, tidak mendalami perjuangan Perkasa, tidak pernah tahupun tentang Perkasa,” katanya kepada FMT.

Abu Bakar berkata, perjuangan yang dibawa Perkasa adalah melibatkan perkara-perkara yang temaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Iskandar membuat kenyataan itu kerana mendakwa media tersilap lapor bahawa Pas dan Perkasa setuju untuk menjalinkan kerjasama membabitkan isu nasional tetapi tidak melibatkan kerjasama politik.

Persetujuan itu dicapai selepas Perkasa diketuai Datuk Ibrahim Ali melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa. Abu Bakar berkata, Naib Presiden Pas itu sepatutnya tidak boleh menafikan laporan yang dibuat kerana media berada di tempat pertemuan itu.

“Dia tidak boleh nafikan kenyataan media kerana media berada bersama Presiden Perkasa dan Presiden Pas membuat kenyataan akhbar . Dia tidak boleh menafikan. Wartawan ada kat sana,” katanya. *
PAS Selangor Tolak Kerjasama Dengan PERKASA

PAS DENGAN PERKASA MUNGKIN TIDAK BERSATU?


KOTA BHARU - Desas desus mengatakan Pas dan Perkasa akan menjalinkan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang adalah tidak berasas,kata Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff. Menurutnya, 14 Oktober lalu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah memaklumkan hasrat beliau kepada rakan-rakan untuk menyusun Barisan Bebas Bersatu bagi menandingi semua kawasan pilihan raya di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang. “Saya tidak melihat pertemuan di antara pemimpin Pas dan Perkasa 13 Oktober lalu akan membawa kepada apa-apa kerjasama politik pilihan raya di antara mereka,” katanya kepada Sinar Harian.


Menurutnya, hasil pertemuan tersebut hanya menemukan satu persetujuan berkenaan dengan tiga perkara membabitkan kepentingan rakyat jelata dan ia cukup spesifik.


Beliau yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, malah pendapat yang mengatakan bahawa lebih elok supaya Pas menjalinkan kerjasama politik dengan Umno berbanding dengan Perkasa adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku.

 “Bagaimanapun, jika berlaku, perkara ini dijangka tidak akan terjadi dalam waktu terdekat kerana faktor pertimbangan politik dan proses pembuatan keputusan dalam Pas sendiri.


 “Pilihan raya umum akan datang masih jauh lagi, berbagai-bagai perkembangan yang boleh berlaku antara sekarang hingga ke tarikh itu, jadi adalah lebih bijak untuk Pas tidak memberikan komitmen kepada mana-mana pihak sehingga suasana politik jadi lebih jelas,” katanya


No comments:

Post a Comment