MP SANDAKAN PERTIKAIKAN UNIT PENGUATKUASA MPS SALAHGUNA KUASA DALAM MENJALANKAN TUGAS

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ekoran salahguna kuasa pihak anggota Unit Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam menjalankan tugas khususnya dalam mengeluarkan saman sembarang  saja telah menjadi satu isu.

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong memandang serius terhadap;prilaku para petugas unit penguatkuasa  sehingga masyarakat awam menjadi mangsa keadaan dari itu pihak penguatkusa harus memantau dengan sebaik-baiknya.

Wong mendedahkan bahawa, terdapat pemilik kereta yang tidak pernah menerima saman trafik dan sebarang notis atau surat pemberitahuan sebelum ini, mendapati banyak saman yang tidak dibayar semasa menyemak di unit bayaran parkir MPS.


Gambar Hiasan Sahaja



Wong berkata, hasil penyemakan pemilik kenderaan tersebut, beberapa saman berkenaan adalah dikeluarkan oleh orang yang sama, dan yang paling keterlaluan ialah saman juga diberikan ketika pemilik kenderaan berkenaan tidak berada di Sandakan.


Wong berkata demikian selepas menerima aduan daripada pemilik kenderaan, dan meminta pihak MPS memberi penjelasan.


Kata Wong, pemilik kenderaan tersebut pernah membuat aduan dengan MPS terhadap perkara ini, tetapi tidak dilayan, oleh itu dikatakan bahawa pihak MPS tidak adil dalam melaksanakan tugas, dan disyaki terdapat pihak yang menyalahgunakan kuasa dalam pengeluaran saman.


Wong berpendapat bahawa, MPS patut memantau anggota penguatkuasa supaya jangan salahgunakan kuasa, dan meminta MPS memberi penjelasan terhadap isu bas sekolah yang disaman kerana letak kereta di luar pasar Kim Fung sebelum ini.

Beliau menegaskan bahawa, Pejabat Ahli Parlimen DAP Sandakan amat prihatin dengan isu anggota penguatkuasa menyalahguna kuasa dalam pengeluaran saman, dan akan terus menyusul perkara ini.
 


No comments:

Post a Comment