BERBOGEL SEMPORNA BAKAL DILANDA TSUNAMI TIDAK LAMA LAGI

OLEH: AZMIE AZMAN
SHAIMON S JUMADI

BERBOGEL....Mengundang bala Tsunami  bakal menimpa daerah Semporna?
SEMPORNA:- Selapas penlancong asing dari Eropah  seramai 10 orang bertalanjang bulat di puncak Gunung Kinabalu yang telah menimbulkan pelbagai kontraversi  di kalangan penduduk tempatan  juga  pihak kerajaan sehingga mengundang pelbagai bala dan bencana.

Kini  Polis Semporna telah  menjalankan siasatan berhubung penyebaran gambar bogel sekumpulan lelaki dan wanita, dipercayai pelancong yang didakwa dirakam di Pulau Sibuan, dekat sini, baru-baru ini.

Menerusi beberapa gambar yang viral di aplikasi WeChat dan WhatsApp itu, beberapa lelaki didakwa pelancong dari China bergambar sambi

l berbogel di tepi pantai, manakala beberapa wanita dalam keadaan separuh bogel.Ketua Polis Daerah, Superintendan Peter anak Umbuas, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penyebaran gambar itu beberapa hari lalu dan masih menyiasat sama ada foto terbabit dirakam di Semporna atau sebaliknya.Katanya, polis juga akan mendapatkan kerjasama pihak Taman-Taman Sabah (TTS) serta pengusaha pelancongan bagi mengesan identiti semua mereka yang terbabit."

Kita sedang menyiasat kesahihan gambar itu kerana ada juga dakwaan ia dirakam di luar negara, namun dimuat naik di Facebookkononnya berlaku di Sabah," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Antara gambar yang tersebar ialah tujuh lelaki berbogel membelakangkan kamera sambil seorang wanita lengkap berpakaian menghadap kamera, selain tiga wanita dalam keadaan separuh bogel membelakangkan kamera dengan seorang lelaki berseluar pendek tersenyum.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Semporna, Dr Chaco Bullah, berkata beliau menerima maklumat itu daripada persatuan pelancongan di daerah ini dan meminta pihak TTS menjalankan siasatan."

Jika benar (pelancong berbogel di Semporna) perlakuan mereka menjejaskan imej daerah ini, selain bertentangan budaya masyarakat serta melanggar tata susila."Saya minta TTS membuat laporan polis supaya ia dapat disiasat serta diambil tindakan sewajarnya,"

katanya.Pada 30 Mei lalu, kira-kira 10 pelancong Eropah berbogel dan bergambar di puncak Gunung Kinabalu hingga menimbulkan kemarahan penduduk negeri ini.

Empat daripada mereka kemudian ditahan dan dijatuhkan hukumanpenjara tiga hari serta denda RM5,000 setiap orang.Mac lalu pula, dua wanita warga asing dirakam bermain pasir di Pulau Sulug di Kota Kinabalu dalam keadaan separuh bogel sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengunjung lain.


Ini jelas jika benar mereka berbogel di salah satu pulau peranginan di Semporna kita percaya daerah Semporna tak lama lagi dilanda bencana sama ada Tsumana atau lain-lain lagi.


Diminta orang-orang Semporna supaya  mengadakan kenduri doa tolak bala (doa selamat) memohon doa daripada Allah SAW supaya tiada bala datang melanda di daerah itu ekoran perbuatan jahil pelancong asing yang berbogel.

No comments:

Post a Comment